Sony Z5 – Penggantian Bateri
Bateri mempunyai jangka hayat anggaran sekitar 2 sehingga 3 tahun sahaja mengikut cara pengunaan anda. Pelanggan memberitahu bateri beliau cas sehingga 100% lepas itu terus turun ke 70% dengan sangat cepat dan fon beliau mati dengan sendirinya. Jadi juruteknik kami membuat pemeriksaan dan menukar bateri beliau. Selain dari itu juga juruteknik membuat pantauan terhadap bateri baharu yang ditukar. Berdasarkan pantauan yang dibuat oleh juruteknik kami, fon pelanggan itu elok seperti biasa dan peratusan penuruan kuasa bateri turun dengan biasa.
Read More