shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

4 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi Rangkaian 5G

Bacaan 2 minit
Pelaksanaan 5G Meningkatkan Penggunaan Teknologi yang Lebih Canggih Sumber Gemalto

Tidak lama lagi, Malaysia akan mengkomersilkan penggunaan teknologi rangkaian 5G di Malaysia. Kajian dan laporan berkenaan pelaksanaannya telah dilakukan dan sepertinya, Malaysia akan menjadi negara perintis di Asia Tenggara yang akan menggunakan teknologi rangkaian ini. Rakyat Malaysia, rata-ratanya teruja menanti revolusi rangkaian 5G di Malaysia serta manfaatnya yang pastinya dapat memacu ke landasan perkembangan ekonomi yang lebih baik. Mari kita telusuri, 4 perkara yang wajib anda ketahui berkenaan teknologi 5G ini.

1. 5G berkelajuan 10 hingga 100 kali ganda berbanding 4G

 

 

Kelajuan maksimum 5G adalah melebihi 1Gbps (1.5Gbps dalam sebuah demo di Langkawi) berbanding 4G yang menjadikan 1Gbps sebagai kelajuan maksimumnya dengan kelajuan purata sebanyak 100 Mbps sahaja. 

 

 

2. Kadar lengahan yang amat rendah berbanding dengan kadar tindak balas manusia terhadap rangsangan visual

 

5G berkadar lengahan (latency rate) sebanyak 1ms berbanding 4G yang berkadar lengahan sebanyak 200ms. Secara puratanya, mata manusia bertindak balas dengan rangsangan visual dengan kelajuan 250ms atau ¼ saat. 

 

3. Lebih banyak peranti yang akan terhubung berbanding 4G pada keluasan yang sama

 

Sebagai perbandingan, teknologi 4G LTE hanya mampu menghubungkan 1,000 peranti pada keluasan satu kilometer persegi manakala, teknologi 5G pula sebanyak sejuta!

 

 

4. 5G membawa teknologi yang lebih canggih ke Malaysia

 

Meskipun 4G dirasakan sudah mencukupi untuk menampung keperluan penggunaan teknologi pada hari ini, namun sebenarnya masih tidak mencukupi bagi mengendalikan teknologi yang memerlukan ketepatan yang jitu seperti pembedahan jarak jauh dan kereta swapandu (tanpa pemandu).