Smartphone jenis Android OS ini amat unik dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Selain itu juga, Smartphone android juga senang untuk kita dapati dipasaran kerana terdapat pelbagai jenis dan jenama smartphone android untuk mudah untuk kita kenal berdasarkan jenama masing-masing. Pada kali ini MrFix akan membantu anda tentang Bagaimana Untuk Mengelakkan Smartphone Android Anda Dari Lagg
Jika kita lihat apabila pertama kali kita membeli smartphone baharu, Keadaan dan performance smartphone anda ketika itu amat lancar dan tidak lagging bukan? Ya. memang betu ketika itu smartphone anda tidak lagging kerana keadaan dalamanya agak kosong dan tidak mempunyai file-file disimpan yang membuatkan smartphone anda ketika itu tidak lagg atau berat. Sebenarnya, kecepatan dan kelajuan smartphone anda bekerja adalah bergantung dengan CPU, Internal memory dan Ram smartphone anda. Jika smartphone anda mempunyai kualiti dan saiz yang kurang pada bahagian dalaman sudah tentu itu boleh menyumbangkan smartphone anda berjalan dengan berat sekali.
Cara Mengelakkan Smartphone Menjadi Lagging Atau Berat
1) Padam Aplikasi Yang Jarang Anda Gunakan
Anda hendaklah memasang aplikasi yang penting sahaja pada smartphone anda, kerana memasang terlalu banyak aplikasi juga menjadi antara penyumbang utama smartphone anda memiliki performance yang lambat dan perkara ini mesti anda tidak menyukainya. Memasang aplikasi yang terlalu boleh merugikan anda sendiri sebagai contoh, Penggunaan Ram smartphone anda melebihi dan mengakibatkan lagg dan ianya juga memakan banyak penggunaan bateri smarphone anda kerana aplikasi-aplikasi ini pada Running Background Process.
2) Kurangkan Penggunaan Internal Storage Anda
Menyimpan lebih ruang pada Internal Storage anda adalah salah satu cara yang baik dan disarankan. Anda haruslah membuang atau memindahkan file-file dari internal ke SD Card anda jika internal storage anda penuh atau melebihi 80% penggunaan Internal Storage. Contoh file yang disarankan untuk membuat pemindahan ialah seperti lagu, gambar dan video. Kadang-kadang file-file ini juga mempunyai saiz yang besar tanpa kita sedari. Untuk itu, membeli SD Card kapasiti besar adalah disarankan dalam penyimpanan. Kerana kapasiti yang besar boleh mengurangkan kita untuk menyipan file pada bahagian Internal Storage.
3) Sentiasa Clear Data Aplikasi
Jangan lupa juga tentang ini, Kadang-kadang sesetengah aplikasi juga mempunyai data yang banyak ini menagakibatkan penggunaan internal memory juga semakin besar. Oleh itu selalukan membuat proses Clear Data ini. Ia juga bermanfaat dan menjimatkan ruang Internal smartphone anda.
4) Jangan Lupa Periksa SD Card Anda
Ini agak sama dengan point yang kedua tadi cuma perbezaanya ialah Internal Dan SD Card, Anda juga harusmemeriksa SD Card anda, Jika penuh backup lah data-data yang ada pada SD Card anda ke PC atau Laptop. SD Card boleh berubah-rubah mengikut kapasiti saiz SD Card anda tetapi Internal Storage adalah tetap dan tidak dapat diubah.
5) Membuat Factory Reset
- Jika anda masih merasakan kurang puas hati dengan cara diatas dan keadaan smartphone anda masih lambat, Cubalah cara ini iaitu melakukan Factory Reset pada smartphone anda. Factory Reset ini adalah memformat kembali smartphone anda seperti kelihatan baharu. Data-data dikosongkan dan penggunaan ruang memory juga berkurangan. Perlu diingatkan juga sebelum anda melakukan Factory Reset atau Format ini supaya jangan lupa untuk membuat backup pada bahagian Internal Storage anda ke PC Laptop atau SD Card agar anda tidak mengalami kehilangan file-file penting yang berada dalam Internal Storage itu.
Demikianlah Tips yang MrFix kongsi pada kali ini berkenaan 5 Cara Mengelakkan Smartphone Android Anda Dari Lagg. Teruskan membaca berkaitan tutorial dan tips android yang lain untuk mengetahui informasi selanjutnya. Jangan lupa tekan like pada Facebook Fans kami sebagai tanda sokongan anda terhadap kami. Sekian. Terima Kasih.