Peranti pintar seperti telefon dan tablet yang sering digunakan anda ibarat fail yang menyimpan pelbagai maklumat dan data-data peribadi sulit yang amat penting.

Pasti anda telah banyak membaca tentang penggodam dan bagaimana untuk melindungi computer anda, tetapi tidak ramai yang ambil tahu tentang keselamatan telefon pintar.

Tahukah anda bahawa zaman sekarang terlampau banyak maklumat sensitif dan sulit yang pengguna telefon pintar simpan di dalam telefon mereka. Penggodam dengan mudah boleh mendapatkan segala maklumat ini jika mereka mahu, tambahan pula jika pengguna melayari web menggunakan WiFi percuma di mana-mana tempat pilihan anda.

Isu keselamatan dan privasi terhadap peranti-peranti ini menjadi perbincangan utama dikalangan para pakar keselamatan komputer.

Anda boleh mengelakkan telefon pintar anda daripada digodam dengan mengamalkan bebrapa langkah keselamatan. Anda boleh menggunakan tips yang sama anda gunakan untuk komputer anda.

  1. Elakkan diri menggunakan Wi-Fi awam

Memang Wi-Fi ditempat awam memudahkan anda mendapat sambungan internet percuma dan sekaligus dapat menjimatkan data internet telefon anda.

Tetapi tahukah anda bahawa Wi-Fi awam ini adalah lubuk kepada para penggodam mencari mangsa mereka.

Ini kerana Wi-Fi awam amat mudah digodam oleh penggodam yang memiliki kemahiran dan peralatan ringkas bagi melihat apa yang anda sedang lakukan di atas talian.

Mereka dengan mudah akan dapat mengkases perkara-perkara seperti e-mel yang dihantar, data sulit log masuk ke laman sosial dan aktiviti perbankan atas talian.

Jadi cuba elakkan diri anda menggunakan Wi-Fi awam untuk melakukan sebarang transaksi

  1. Gunakan kod kata laluan

Samada anda pengguna Android ataupun iPhone, anda boleh melindungi akses ke peranti anda dengan menambah kod laluan ataupun corak kunci untuk Android.

Segala maklumat sulit anda dapat dilindungi sekiranya anda menggunakan kod laluan di setiap aplikasi yang menyimpan maklumat peribadi seperti Mint, aplikasi bank dan sebagainya.

Kod laluan untuk skrin utama sangat penting kerana terdapat aplikasi emel yang tidak mempunyai pilihan untuk memasukkan kod laluan di aplikasi tersebut.

  1. Kemaskini peranti anda

Kebanyakkan pemilik peranti pintar adalah mereka tidak mengambil peduli dengan kemaskini sistem operasi dan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam peranti mereka.

Walhal, ia merupakan langkah yang cukup mudah dan amat penting bagi memastikan sistem operasi peranti anda sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa.

Kemaskini peranti memastikan pepijat dibuang dan kelemahan sistem tidak dieksploitasi oleh penggodam. Sekaligus sistem pertahanan yang terdapat di dalam peranti anda bertindak dengan lebih efektif terhadap sebarang percubaan pencerobohan data.

  1. Menggunakan Aplikasi Selain Browser

Elakkan diri anda menggunakan aplikasi tidak rasmi untuk membuat sebarang transaksi.

Sekiranya anda ingin melakukan transaksi melalui telefon anda atau apa-apa aktiviti lain yang menggunakan maklumat sulit anda di antara telefon dan internet anda digalakkan menggunakan aplikasi rasmi dari laman atau syarikat adalah lebih baik daripada anda melayari browser dalam telefon anda .

  1. Waspada Apabila Memuat Turun Aplikasi

Periksa fon anda. Anda sepatutnya hanya memuat turun aplikasi yang anda guna. Buang aplikasi yang jarang atau tidak diguna selepas berbulan-bulan. Dengan mengurangkan jumlah aplikasi di dalam fon anda, ia juga secara langsung dapat menjimatkan ruang yang ada.

Waspada dengan aplikasi permainan atau game yang meminta anda meletakkan maklumat kad kredit ataupun yang meminta anda supaya meletakkan maklumat bayaran.

 

Jadi ingat! Anda perlu berwas