Penggunaan kamera pada telefon pintar telah menjadi satu kebiasaan buat masa ini dan perkembangan teknologi pada kamera yang dibekalkan bersama-sama telefon pintar telah menyebabkan pengurangan penggunaan kamera profesional.
Walaupun kamera pada telefon pintar adalah senang dan mudah digunakan, tidak ramai yang tahu untuk memaksimumkan potensi pada kamera ini.
1. Pastikan anda memilih tempat yang banyak cahaya
Jika anda mengambil gambar dalam lingkungan cahaya yang rendah, smartphone anda pasti tahu untuk menyesuaikan diri untuk mengubah ke arah eksposure yang lebih rendah untuk membiarkan cahaya masuk lebih banyak dan ini akan menyebabkan hasil bidikan anda menjadi noise (gambar mempunyai binitik-bintik halus jika anda lihat degan jarak dekat).
Saranan saya lebih baik anda pergi ke ruang lebih terbuka seperti di luar rumah jika anda sedang beriadah bersama keluarga.
Contohnya halaman rumah kerana cahaya disitu amatlah terang berbanding dengan cahaya di dalam rumah, pejabat, kelas, dewan dan lain-lain lagi.
2. Pegang smartphone dengan lebih stabil
Anda harus memastikan bahwa anda memegang smartphone dengan baik saat mengambil foto.
Cubalah untuk tidak bergerak sama sekali saat mengambil gambar kerana jika tangan anda gementar ia akan menyebabkan foto menjadi kabur, terutama jika kamera anda tidak memiliki kemampuan menstabilkan gambar optik atau digital.
Anda juga harus bersikap lembut ketika menekan tombol shutter.
3. Elakkan penggunaan Zoom Digital
Yang ini WAJIB atau perkataan lain HARUS dielakkan kerana pembesar imej digital ini akan mengurangkan kualiti gambar, lebih banyak zoom yang anda lakukan lebih teruk kualiti gambar yang terhasil.
Jika anda mahu gambar yang baik anda boleh ‘crop’ gambar anda selepas mengambilnya memandangkan kesemua telefon pintar pasti hadir dengan beberapa kebolehan untuk mengedit gambar yang diambil.
Selain itu, anda juga boleh mengambil gambar dari jarak yang lebih dekat.
4. Bersihkan lensa kamera anda
Sebuah lensa kamera smartphone sangat mudah kotor, oleh sebab itu anda harus meluangkan masa untuk membersihkan dari waktu ke waktu. Gilaplah lensa kamera smartphone anda dengan menggunakan kain atau tisu yang lembut agar tidak menyalarkan kamera.
Tekan titik fokus dengan tepat. Jika Anda merasa foto milik anda tidak tidak fokus, tekan pada subjek anda.
Kamera pada kebanyakan smartphone dikonfigurasi untuk mengatur fokus dan eksposure berdasarkan frame yang anda tekan.
5. Rule of Thirds atau dengan bahasa mudahnya aturan satu per tiga
Aturan satu per tiga adalah trick yang sederhana dan mudah yang dapat anda gunakan saat mengambil gambar.
Bayangkan bahwa frame dibahagi menjadi tiga bagian yang sama secara vertikal dan horizontal, seperti yang digambarkan.
Tempatkan subjek Anda sepanjang salah satu garis vertikal, atau di mana garis-garis horizontal dan vertikal berpotongan. Kemudian tempatkan langit atau awan sepanjang salah satu garis horizontal.