MRFIX - Baiki fon dan laptop

Magnetometer dan Sumbangannya Kepada Pengguna Telefon Pintar

Bacaan 2 minit
Magnetometer penting bagi penggunaan Google Maps Sumber Gambar Gadget Cover

Selain accelerometer dan giroskop, sensor yang berkaitan dengan keberadaan telefon pintar anda di dunia fizikal ialah magnetometer. Seperti mana namanya, magnetometer berperanan mengukur medan magnetik Bumi mengikut paksi X, Y dan Z di samping mampu menunjukkan arah utara bergantung kepada perbezaan voltan yang terhasil olehnya pada telefon pintar anda.

Kesan Dewan Sumber Gambar wwwtfuni kielde

Magnetometer memanfaatkan teknologi keadaan pepejal moden bagi menghasilkan sensor mini yang berpandukan kesan dewan (hall-effect) sekaligus mengesan medan magnetik mengikut paksi X, Y dan Z. Sensor dengan kesan dewan ini, menghasilkan bacaan voltan yang berkadaran dengan kekuatan dan polariti medan magnetik. Bacaan voltan yang terhasil ini kemudiannya ditukar kepada isyarat digital yang menunjukkan kekuatan medan magnetik. Bacaan magnetometer ialah dalam unit micro Tesla (µT).

Dalam aplikasi berkaitan arah seperti Google Maps, magnetometer memberi sumbangan yang besar dengan menunjukkan arah ke atas (utara) yang tepat bagi peta di dalam perisian tersebut serta turut menyumbang kepada perisian kompas dalam telefon pintar anda.