Tiba touchscreen korang tak boleh sentuh? Kalau dapat sentuh pun tapi tak menentu, apa yang ditekan lain yang keluar. Perkara ni bukan saja berlaku dekat korang ja. Mana-mana pengguna peranti yang menggunakan touchscreen akan mengalami perkara yang sama. Tidak kiralah smartphone, tablet, smart tv dan juga lain-lain peranti yang menggunakan touchscreen.
Jadi dekat sini, akan kami sharekan sebab kenapa touchscreen korang tak boleh function dengan betul.
📌 Phone selalu jatuh
Perkara macam ni selalu sangat berlaku pada pengguna smartphone. Kita selalu leka bermain dengan phone sampai cuai. Ada yang cakap ‘Alah, phone aku dah biasa jatuh!' ataupun ‘Phone aku ni elok ja kalau jatuh. Kuat!'. Tapi kita tidak sedar. Dengan hentakan yang berlaku pada phone kita boleh merosakkan komponen dalam peranti korang. Walaupun jatuh sedikit, kadang-kadang kitak sedar yang dengan hentakan demi hentakan setiap kali phone jatuh boleh merosakkan peranti. Perkara ini boleh juga menjejaskan LCD korang yang menjadi punca utama touchscreen phone korang tak boleh function. Jadi cuba elakkan phone kerap jatuh.
📌 Masuk air
Perkara ini juga boleh menyebabkan touchscreen korang problem. Perkara ini tak semestnya phone korang teremdam dalam air, ia boleh berlaku jika phone korang tertumpah air. Korang nak elak perkara ini, korang perlu titik beratkan keadaan phone korang dan handle phone korang dengan betul jika tertumpah air. Kita tak nak kalau air tu masuk ke kawasan yang boleh merosakkan LCD korang.
📌 LCD tak original
Ini sering juga berlaku kepada pengguna smarphone. Korang sering mengambil mudah dengan penukaran LCD. Korang fikir nak murah tapi tidak tengok ke'original'an LCD yang korang tukar. Kadang-kadang itu juga, kita tak tahu yang kita ditipu peniaga-peniaga diluar sana dengan memberi harga LCD yang ori, tapi menjual barang bukan yang ori. Sebab itu kita perlu pandai untuk menilai sesuatu perkara, and kalau boleh kalau korang nak beli barang dekat kedai repair, pastikan yang ada warranty. Jadi perkara macam ni boleh dielakkan.
Tapi jika korang masih tak dapat elak situasi diatas, dan touchscreen phone korang masih juga problem, korang boleh datang ke kedai repair untuk membuat pemerikasaan. Tak lupa kedai kami yang membuat pemeriksaan secara percuma keatas peranti phone korang. Jadi jangan takut untuk mencuba.
Korang boleh ke kedai kami atau hubungi kami untuk mendapat pandangan mengenai peranti yang korang guna;
(SMARTPHONE & MACBOOK REPAIR SPECIALIST)
No.50, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Landmark : JPJ Bangi (Blok Tengah)
Beroperasi setiap hari
Waktu operasi : 10.00am – 9.00pm
Atau hubungi kami di;
MRFIX Bangi – Smartphone & Macbook Repair Specialist