Bertahun guna laptop, paling tidak sekali ia akan rosak dan perlu dibaiki. Paling worst bila kes hardware yang rosak. Nak repair sendiri, tak tahu. Dah kena hantar kepada yang lebih tahu dan terpaksa tinggalkan sehari dua. Baca 7 Tanda Hardware Laptop Rosak | Kedai Repair Laptop Putrajaya
Apabila laptop rosak dan perlu ditinggalkan untuk dibaiki, ia boleh menjejaskan kerja dan mood.
Apatah lagi jika ada assignment urgent and important, maunya sakit kepala!
Kena pula fikir nak pinjam komputer atau laptop orang lain untuk siapkan.
Laptop rosak atau ada masalah berpunca dari pelbagai sebab. Salah satunya disebabkan hardware rosak. Tapi kita boleh ketahui tanda-tandanya.
Ini 7 Tanda Hardware Laptop Rosak dan perlu baiki | Repair Laptop Putrajaya
#1 Panas Keterlaluan
Salah satu petanda ada hardware yang rosak dalam laptop adalah bila laptop jadi panas berlebihan.
Gadget seperti laptop kebiasaannya memang akan agak panas sedikit jika penggunaan yang lama di tempat yang tak sesuai seperti atas tilam, atau di tempat yang agak panas.
Tapi, bila laptop jadi terlalu panas, ianya tak boleh dipandang ringan. Ia mungkin tanda laptop anda ada kerosakan hardware.
#2 Bunyi Lain | Repair Laptop Putrajaya
Pernah dengar bunyi laptop macam bunyi enjin bot atau bunyi lain yang pelik dan kuat?
Antara tanda hardware dalam laptop rosak adalah :
- Laptop mengeluarkan bunyi yang tak biasa dalam jangka masa panjang
- Ada sampah terlekat di kipas laptop
Namun, ianya tak boleh dipandang enteng kerana boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.
Mungkin juga bukan kerana kipas, tapi parts lain yang rosak.
#3 Selalu Terpadam Sendiri
Laptop anda kerap switch off sendiri?
Ya, ia mungkin tanda hardware laptop anda rosak dan perlu dibaiki atau diganti.
Bukan biasa ye untuk laptop ni tiba-tiba ‘lup' mati sendiri. Biasanya kalau yang kita biar sebentar, dia akan sleep sendiri.
Tapi ni tengah sedap taip assignment, tiba-tiba padam sendiri. Paling haru tak auto save, sedih mat…
Baca : 7 Tips Jaga Laptop Repair Laptop Supaya Tahan Lama
#4 Tak Boleh Hidup | Repair Laptop Putrajaya
Ni satu lagi masalah besar, lagi-lagi bila kita tengah ada kerja penting untuk disiapkan segera. Laptop tak boleh on pulak! Jem kepala kejap.
Nak kata tak ada bateri, semalam dah fully charged.
Masalah laptop tak boleh hidup ni juga petanda hardware laptop rosak tau.
#5 Hidup Tapi Gelap
Pening-pening… Laptop boleh on, bunyi pun hidup je. Lampu on ada. Tapi…
Tudia, laptop hidup tapi skrin gelap. Tak ada apa yang timbul di skrin!
Kesian laptop hidup dalam kegelapan… hehe
Hardware rosak mungkin penyumbang kepada masalah ini.
#6 Bateri Lambat Penuh/Tak Masuk
Kadang kala bila kita cas laptop tapi tak masuk atau lambat penuh, kita ingat masalah kabel je ni.
Tukar kabel charger, settled masalah.
Tapi tahukah anda, isu bateri ni juga mungkin tanda ada hardware dalam laptop yang rosak.
Kita boleh cuba test dengan kabel lain dulu untuk pastikan ianya berpunca dari kabel atau tidak.
#7 Prestasi Perlahan
Nyet… nyet… je laptop ni. Lama betul la nak buka satu benda pun.
Laptop yang loading lama ni ada beberapa sebab penyebab berlaku sebegitu.
Antaranya :
- Hardware rosak
- Virus / malware
- Overheating
- Berat sangat / storage overload
- Software outdated
- Buka banyak sangat benda dalam satu masa / Jammed
Antara Pelanggan Kedai Repair Laptop Putrajaya
NAMA : MEOR
MODEL : ASUS TUF GAMING A15
PROBLEM : LCD BLANK
SOLUTION : NEW LCD REPLACEMENT
PENUTUP | Repair Laptop Putrajaya
Hardware dalam laptop adalah antara nadi penting yang menghidupkan laptop. Penting untuk kita alert tanda awal hardware rosak supaya dapat menghalang kerosakan lebih teruk dan wang melayang lebih banyak. Semoga perkongsian ini dapat bantu anda lebih prihatin dengan keadaan laptop sendiri!
Anda mencari kedai repair laptop yang Cepat, Murah & Berkualiti? MRFIX – Kedai Repair Laptop Putrajaya lah jawapannya!
100% terjamin telus, berpengalaman, cepat dan mudah! Dalam masa 30 minit segala masalah gadget anda akan diselesaikan secara live di hadapan mata anda sendiri. Jadi apa tunggu lagi, jom pakat ramai-ramai kita serbu MRFIX untuk tawaran menarik dan servis pemeriksaan PERCUMA.