“Kenapa laptop dia tahan lagi lama dari laptop aku ni. Padahal beli sama-sama dulu…” Ya! Laptop NI antara gadget yang amat diperlukan terutamanya bagi pekerja. Ini kerana terdapat kemahiran yang memerlukan ‘mobile' dalam job scope mereka. Baca 7 Tip Jaga Laptop Supaya Tahan Lama | Kedai Repair Laptop Bangi
Ada orang, laptopnya boleh tahan bertahun walaupun dah lebih 5 tahun. Tapi ada sesetengahnya, 2-3 tahun dah mula ada problem. Masalah itu, ini.. Macam-macam yang boleh ganggu produktiviti kerja.
Tambah bila rosak, nak baiki ambil masa.
Memang memeningkan kepala!
Tahukah anda, cara jaga laptop ni sangat mempengaruhi ketahanan dan jangka hayat laptop? Tapi bagaimana cara penjagaan yang betul dan mudah?
Ini 7 Tip Jaga Laptop Supaya Tahan Lama!
#1 Handle With Care
Pegang laptop anda berhati-hati!
Anda perlu jaga supaya tidak terjatuh atau terhempap dengan objek berat.
Biasanya bila kita beli laptop, kita akan dapat beg secara percuma atau dah termasuk dalam pakej. Beg yang dibekalkan selalunya bersesuaian dengan laptop dan ada ciri-ciri penjagaan untuk laptop seperti mudah dibawa, ketebalan beg dan tempat penyimpanan asing.
#2 Monitor Suhu
Penjagaan suhu laptop juga amat penting.
Gadget seperti laptop agak sensitif dengan suhu yang terlampau panas.
Suhu panas melampau boleh menyebabkan kerosakan dalaman atau komponen laptop, juga boleh menyebabkan laptop jadi slow dan terpadam sendiri.
#3 Guna Casing, Keyboard & Screen Protector
Kami di Kedai Repair Laptop Bangi nak pesan bahawa penggunaan 3 item ini dapat bantu lindungi laptop dari mudah rosak :
- Screen protector
- Keyboard protector
- Casing
Semua ini dapat bantu melindungi laptop dari kesan calar dan kerosakan teruk jika berlaku perlanggaran atau terjatuh, juga dapat elakkan dari air dan habuk memasuki laptop.
Baca : Tips Jaga Bateri Iphone Bangi
#4 Pembersihan Berkala | Repair Laptop Bangi
Laptop yang dibersihkan atau kata lain diservis secara berkala akan lebih tahan lama.
Ianya disebabkan tiada atau kurang partikel habuk atau bendasing yang berada dalam laptop.
Bendasing ni boleh menyebabkan laptop jadi panas, prestasi kurang baik dan boleh ganggu komponen laptop yang lain.
#5 Stay Updated
Sistem perisian laptop perlu sentiasa up to date.
Kemaskini sistem penting untuk meningkatkan prestasi laptop, ciri keselamatan dan kestabilan sistem laptop.
#6 Jaga Bateri | Kedai Repair Laptop Bangi
Salah satu penjagaan laptop yang juga penting adalah penjagaan bateri.
Please elakkan laptop dicas semasa bateri sudah penuh.
Baca : What to Do With a Broken Laptop
#7 Simpan Tempat Yang Betul
Laptop perlu disimpan di tempat yang tidak panas dan kering.
Pendedahan kepada tempat yang terlalu panas boleh menyebabkan kerosakan pada komponen laptop, begitu juga jika laptop terdedah kepada lembapan berpanjangan.
Antara Pelanggan Kedai Repair Laptop Bangi
NAMA : SOFEA
MODEL : ACER
PROBLEM : HINGE
SOLUTION : CUSTOM HINGE REPAIR
PENUTUP | Repair Laptop Bangi
Maintenance yang betul dapat menjaga laptop dari berlaku kerosakan dan dapat bantu panjangkan hayat laptop. Ye la, barang mahal, kita bukan nak tukar selalu..
Anda mencari kedai repair laptop yang Cepat, Murah & Berkualiti? MRFIX – Kedai Repair Laptop Bangi lah jawapannya!
100% terjamin telus, berpengalaman, cepat dan mudah! Dalam masa 30 minit segala masalah gadget anda akan diselesaikan secara live di hadapan mata anda sendiri. Jadi apa tunggu lagi, jom pakat ramai-ramai kita serbu MRFIX untuk tawaran menarik dan servis pemeriksaan PERCUMA.