Secara umumnya, telefon pintar Android tidak memerlukan anti-virus. Namun, lambakan aplikasi anti-virus di gudang Playstore menimbulkan persoalan, adakah telefon pintar memerlukan anti-virus seperti mana komputer? Sebenarnya, telefon pintar tidak berfungsi seperti mana komputer, di mana, pemindahan fail yang bersama-sama dengan virus sering kali berlaku ketika melawat laman sesawang yang mempunyai program yang berbahaya. Tetapi, bagi pengguna Android, mereka perlu memberi kebenaran yang tertentu sebelum apa-apa aplikasi dari luar Play store di muat turun.
Play store bertindak melindungi penggunanya dengan menapis sebarang aplikasi baharu dan memastikannya selamat. Oleh itu, aplikasi-aplikasi yang berbahaya dan berniat jahat akan menjadi sukar untuk dimuat turun pengguna. Sama juga dengan aplikasi anti-virus, mereka mempunyai peranan dan fungsi yang sama dengan Play store, cumanya, aplikasi ini bekerja di dalam telefon pintar anda. Di sebabkan itu, bateri telefon pintar anda akan lebih cepat habis apabila menggunakan aplikasi anti-virus.