Buat mereka yang ingin membeli smartphone baru , artikel ini amat sesuai untuk mereka yang masih tidak tahu apa perbezaan diantara AP Set , My Set , Refurbished Set dan Klon Set . Seringkali ketika kita ke kedai yang menjual telefon bimbit , seringkali kita terdengar istilah istilah tersebut terkeluar dari mulut mereka . Jadi apakah maksud sebenar untuk setiap set ? Teruskan membaca .

 

AP Set

AP ( Approval Permit ) Set merupakan telefon yang diimport sepenuhnya dari negara luar, dengan mendapat kebenaran kastam, bukannya direct dari pengeluar telefon sendiri.

Maksudnya, telefon AP Set diimport oleh syarikat yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor).

Ada di antara syarikat-syarikat yang mengimport ini adalah syarikat besar, jadi mereka boleh memberi jaminan yang agak selamat juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh Malaysia.

Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada pengeluar, dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.

Dari segi kualiti, AP Set juga berkualiti, sama seperti telefon biasa, malah syarikat yang bertanggungjawab di dalam menguruskan AP Set merupakan syarikat besar yang bertaraf ISO.

Dari segi warranty (jaminan), paling baru AP Set menawarkan warranty selama 24 BULAN untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 3 BULAN untuk LCD. 3 BULAN warranty diberikan untuk battery dan charger.

Warranty dari syarikat tersebut dan bukan direct dari syarikat telefon dan terpulang kepada syarikat yang bertanggungjawab membawa telefon tersebut masuk ke Malaysia untuk meletakkan tempoh jaminan bagi bahagian tertentu telefon.

Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat bertanggungjawab membawa telefon masuk ke Malaysia.

Kebiasaannya, syarikat baik pulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua.

Oleh itu, kalau kalau beli AP Set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke tempat lain misalnya.

Dari segi harga, AP Set menarik untuk dibincangkan kerana harga AP Set biasanya 10% – 30% lebih murah.

Contohnya, harga Sony Experia Z1 berharga lebih kurang RM1559, original set ialah RM1839. Perbezaan sebanyak RM280.

Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli AP Set disebabkan harganya namun begitu, oleh kerana mungkin melibatkan kos pengurusan, harganya mungkin lebih tinggi sedikit dari biasa, namun masih rendah berbanding dengan My Set.

 

My Set

Telefon My Set biasanya telefon yang dibuat di Malaysia, namun standard dan kualiti yang digunakan sama dengan kualiti yang dihasilkan di luar negara.

Contohnya iPhone, walaupun ia adalah My Set, kualitinya tetap sama seperti iphone yang dihasilkan di luar negara.

Cuma untuk My Set, pembeli boleh mendapatkan alat ganti atau perkhidmatan terus melalui center di Malaysia dan tidak perlu lagi di hantar ke luar negara jika mengalami masalah.

Harga My Set sudah tentu lebih mahal sedikit dari AP Set, namun kualiti dan originalnya sama seperti iPhone dari agen sah.

Biasanya telefon My Set mudah didapati di mana-mana centre telco atau syarikat menjual telefon.

 

Refurbished Set

 

Refurbished Set pula sebenarnya adalah telefon original, namun oleh kerana terdapat sedikit kerosakan yang sangat minor, maka ianya direject dari pasaran oleh syarikat telefon.

Kerosakkan ini dibaiki oleh syarikat lain atau syarikat yang bertindak sebagai penjual telefon tersebut sesudah kerosakan dibaiki.

Namun, Refurbished Set masih menjadi pilihan ramai pengguna kerana kualitinya yang masih tinggi.

Kerosakan tersebut boleh jadi kerosakan fizikal yang sangat minor bukan melibatkan sistem operasi seperti androids.

Cuma pembeli perlu berhati-hati sebab warranty untuk telefon jenis ini biasanya tidak panjang

Klon Set

 

Sementara Klon Set merupakan set yang dihasilkan terus oleh bukan syarikat telefon dan mungkin dihasilkan dari China, boleh jadi juga dari Malaysia.

Yang ini terpulang kepada pembeli, kalau nasib baik boleh guna sampai puas hati, tetapi kalau rosak atau tak boleh digunakan, anda patut tahu risikonya, betul tak?

Senang cakap, kalau telefon klon memang berisiko rosak, tidak berfungsi atau macam-macam masalah lain.

Jadi, fikir habis-habis sebelum beli telefon klon.