MRFIX - Baiki fon dan laptop

Apa itu heatsink pada laptop dan fungsinya ?

Bacaan 2 minit

Di dalam peranti komputer, heatsink merupakan alat wajib yang perlu ada.Jadi jangan hairan jika pada komputer desktop atau pun laptop, semua dipasang heatsink yang selalu melekat di atas processor.

Alat ini sangat penting, kerana tanpanya sebuah komputer atau laptop tidak akan  bertahan lama .  Sebenarnya apakah heatsink itu dan apa fungsinya?

Apakah heatsink ?

Heatsink adalah logam yang direka khas yang diperbuat daripada tembaga atau aluminium, yang berfungsi untuk memperluaskan pemindahan haba dari sebuah processor, dan membantu proses penyejukan processor itu sendiri.
BENTUK
 
setiap reka bentuk heatsink berbeza-beza. Bentuk heatsink untuk komputer riba dan komputer desktop tidaklah sama. Bahkan sesama laptop sendiri jika lain jenama dan jenis, bentuk heatsinknya juga berbeza. Begitu juga pada komputer desktop. Malahan untuk model heatsink itu sendiri, setiap tahunnya selalu ada perubahan.

BAHAN

Bahan yang paling sering digunakan untuk pembuatan heatsink ini adalah tembaga dan aluminium. Tentu ada alasannya, sebab gabungan kedua bahan ini adalah sangat baik untuk menyerap panas dan mendinginkannya.
Bahan tembaga mempunyai konduktifitas tinggi, atau bahan yang bagus untuk menghantarkan panas. Namun, tembaga tidak boleh melepaskan panas dengan cepat jika dibandingkan dengan aluminium.
Sedangkan aluminium, bahan ini mempunyai sifat menyerap haba yang lebih rendah daripada tembaga, namun ia lebih cepat untuk melepaskan panas yang diserapnya.
Oleh kerana itu dari kekurangan dan kelebihannya masing-masing, saya meihat ada beberapa heatsink yang dibuat atas gabungan dari dua bahan tersebut. Tentunya prestasi yang dihasilkan lebih baik, kerana mengambil kelebihan tembaga yang cepat menyerap haba, dan kelebihan aluminium yang cepat menyejukkan panas.Contohnya heatsink Laptop. Penghantar panasnya menggunakan tembaga, sedangkan yang digunakan untuk menyejukkan panasnya dari bahan alumunium. Ini Contoh heatsink Laptop ..