Pada era teknologi sekarang , smartphone menjadi satu keperluan kepada netizen sekarang . Tidak kiralah untuk apa pun tujuan , smartphone sentiasa diperlukan pada bila bila masa . Tetapi , jika suatu hari anda meredah hujan , dan tanpa disedari air hujan telah memasuki phone anda , apa yang perlu anda lakukan ?
Artikel kali ini akan berkongsi apa yang anda perlu lakukan selepas peranti anda dimasuki air .
1 ) Keluarkan peranti anda dari air secepat mungkin .
Keluarkan phone anda secepat mungkin . Tidak perlu panik dan tenang sahaja .
2 ) Matikan peranti anda
Segera matikan peranti anda . Jangan sesekali on kerana dikhuatiri akan berlakunya litar pintas .
3 ) Cabutkan bateri telefon anda
Untuk phone yang boleh ditanggalkan bateri , tanggalkan dahulu untuk mengurangkan risiko kerosakan dalaman pada litar dia .
4) Keluarkan SIM anda
Keluarkan SIM anda dan lapkan hingga kering . Jangan masukkan SIM anda selagi peranti anda belum masih dihidupkan .
5 ) Cabut apa apa peranti luaran seperti kad SD
Selain bateri dan SIM , tanggalkan peranti luaran seperti housing , kad SD dan lain lain .
6 ) Letakkan peranti anda dalam beg vakum
Cara ini dapat menpercepatkan pengeringan air yang berada di dalam peranti anda . Ia akan menghilangkan kelembapan yang ada .
7 ) Timbunkan peranti anda dalam beras
Kelembapan yang ada dan air yang bertakung akan diserap oleh beras . Sebelum itu pastikan bateri dicabut terlebih dahulu . Timbunkan bateri ke dalam beras sekali . Cara ini mengambil masa dari 24 jam hingga 72 jam untuk memastikan ia benar benar kering .
8 ) Gunakan silica gel
Silica gel biasanya terdapat didalam kotak kasut baru . Jika ada , anda boleh memasukkan peranti anda kedalam bekas yang mempunyai silica gel dan biarkan semalaman .
9 ) Jangan guna hair dryer
Jangan sesekali menggunakan hair dryer untuk mengeringkan peranti anda . Kepanasan pada hair dryer walaupun disetkan kepada minimum akan mencairkan komponen elektronik yang berada didalam peranti anda .
10 ) Check handphone selepas 10 minit .
Lihat dulu phone anda , jangan hidupkan terus . Pastikan ia benar benar kering . Jika keadaan dalam memuaskan , boleh cuba hidupkan peranti anda
11 ) Charge telefon anda
Jika phone anda tidak dapat dihidupkan , berkemungkinan peranti anda kehabisan bateri . Jadi cuba cas semula .
12 ) Hidupkan phone anda .
Jika sudah cas , cuba hidupkan peranti anda . Jika tidak hidup , cuba lah bawa ke kedai yang membaiki phone yang berhampiran .