Laman sesawang mesra peranti mudah alih atau mobile friendly website kini menjadi sebuah keperluan laman-laman web pada hari ini. Berbanding laman web konvensional yang direka bentuk sesuai untuk pengguna peranti seperti komputer dan komputer riba, mobile friendly website mengoptimumkan reka bentuknya sesuai dengan ciri-ciri khas manusia seperti saiz jari yang besar dan skrin yang kecil dalam mereka bentuk laman sesawang. Berikut merupakan ciri-ciri utama mobile friendly website:

  1. Mempunyai capaian mudah kepada maklumat perhubungan 

Mobile friendly website selalunya mempunyai capaian mudah untuk pelayar menghubungi pemilik laman sesawang tersebut dengan mudah. Meskipun maklumat perhubungan seringkali berada di bahagian paling bawah laman sesawang, mobile friendly website akan mengutamakan kedudukan ikon maklumat perhubungan dengan hanya tekan sekali untuk menghubungi. 

Hubungi pemilik laman sesawang dengan mudah

 

  1. Mempunyai butang navigasi yang mudah diakses

Mobile friendly website juga mempunyai butang navigasi yang amat mudah diakses. Seringkali ikon butang navigasi ini ialah tiga garisan di penjuru atas kanan atau kiri laman sesawang yang dipanggil hamburger navigation atau navigasi tetap yang boleh diakses daripada bahagian bawah laman sesawang. Kewujudan butang navigasi ini memudahkan pelayar untuk fokus kepada topik yang sedang dibacanya di laman sesawang tersebut.

Butang navigasi jenis hamburger di penjuru atas kiri laman sesawang

Navigasi jenis kekal yang berada di bahagian bawah laman sesawang

 

  1. Menggunakan borang yang sesuai 

Mengisi borang atas talian di laman sesawang konvensional di telefon pintar boleh menjadi suatu isu yang besar apabila pelayar mempunyai jari yang lebih besar berbanding ruangan borang itu sendiri. Terdapat kebarangkalian untuk pelayar salah menekan ruang pada borang yang dikehendakinya. Oleh yang demikian mobile friendly website akan memastikan borang yang disediakan mudah diisi meskipun skrin telefon pintar adalah kecil.

Borang yang mudah digunakan dan difahami

Borang sesuai dengan saiz jari dan saiz skrin yang kecil

  1. Boleh zum masuk dan keluar imej produk dengan mudah

Laman sesawang ecommerce amat mementingkan ciri ini apabila pelayar mahu melihat dengan lebih dekat perincian barangan yang hendak dibeli. Mobile friendly website seharusnya membenarkan ciri ini agar pelanggan berpotensi tidak bosan.

 

  1. Pengalaman seperti menggunakan aplikasi

Berbanding aplikasi yang perlu dimuat turun daripada gudang aplikasi seperti Play Store, mobile friendly website memberikan pengalaman yang hampir seperti menggunakan aplikasi tanpa perlu memuat turun aplikasi terlebih dahulu.

 

.

Ciri seakan menggunakan aplikasi

 

  1. Memudahkan perkongsian di laman sosial

Apabila anda menemui sesuatu yang menarik di laman sesawang, pastinya anda cenderung untuk berkongsi pautan tersebut kepada rakan-rakan di media sosial. Mobile friendly website menjadikan akses kepada butang perkongsian ke laman social seperti Facebook amat mudah untuk diakses. 

Perkongsian mudah ke laman sosial