Penggunaan AR ketika AJL 34

 

Bersempena dengan tahun kedua Anugerah Juara Lagu menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) yang memukau mata penonton di rumah, mari kita telusuri kegunaan AR dalam kehidupan seharian yang ramai tidak menyedari kewujudannya.

Pertama sekali, AR adalah apabila paparan digital menjadi suatu lapisan melapisi dunia fizikal yang sebenar dan tidak menggantikan sepenuhnya dunia fizikal yang sebenar, berbanding dengan teknologi Virtual Reality (VR) yang sepenuhnya menggantikan dunia fizikal yang sebenar.

AR pada telefon pintar berfungsi apabila kamera yang digunakan, mengenalpasti imej yang telah ditetapkan mengikut jarak dan sudut yang tertentu, dan seterusnya menghasilkan paparan yang telah ditetapkan pada telefon pintar.

 

Aplikasi Snapchat (Sumber Gambar: Medium)

 

Terdapat pelbagai aplikasi kamera yang menggunakan teknologi AR seperti Snapchat dan Instagram. Aplikasi-aplikasi seperti ini menggunakan teknologi pengecaman wajah di mana ia dapat mengecam kedudukan anggota wajah seperti mata, hidung dan mulut. Setelah anggota-anggota ini dapat dikenal pasti, dari situlah, filter yang menarik itu dapat diletakkan tepat pada anggota wajah anda.

Aplikasi permainan PokemonGo

 

Selain itu, aplikasi permainan terkenal PokemonGo juga menggunakan teknologi AR. Aplikasi ini menggalakkan penggunanya berjalan di kawasan sekitar dan menangkap Pokemon yang terdapat di kawasan tertentu, yang hanya dapat dilihat pada skrin paparan telefon pintar.

 

Aplikasi Sephora

 

Aplikasi Ikea Place

 

Seterusnya, AR juga digunakan dalam aplikasi ecommerce seperti Sephora dan Ikea. Aplikasi seperti Sephora, membenarkan penggunanya ‘mencuba’ peralatan solek pada wajah agar anda dapat memastikan kesesuaiannya pada wajah sebelum meneruskan pembelian. Selain itu, aplikasi seperti Ikea pula membolehkan pengguna melihat perabot yang hendak dibeli pada skala sebenar pada ruang fizikal rumah sebelum membelinya.