MRFIX - Baiki fon dan laptop

Bahaya Habuk Terhadap PC

Bacaan 2 minit
Habuk pada Kipas PC

Masalah habuk sering kali dipandang ringan rata-rata pengguna komputer peribadi. Ramai yang tidak menyedari masalah seperti PC yang lambat serta terlalu panas sebenarnya berpunca daripada pengumpulan habuk pada PC.

Setiap komponen elektrik di dalam PC menghasilkan haba sebagai hasil sampingannya. Apabila suhu meningkat, PC anda akan cuba mengurangkan impak haba terhadap komponen-komponen tersebut. Ini boleh dilakukan dengan memberhentikan komponen-komponen sampingan dan membenarkan komponen yang paling penting sahaja untuk bekerja. Ini akan menyebabkan PC anda menjadi lebih lambat.

Pengudaraan yang bersesuaian adalah diperlukan bagi mengekalkan suhu yang optimum bagi PC. Kenapa terjadinya pengumpulan habuk dalam PC? Kipas pada PC bertindak menyedut udara dari luar untuk menyejukkan komponen-komponen tersebut. Bersama-sama dengan udara yang disedut itu juga ialah partikel-partikel habuk yang akan berkumpul setelah sekian lama. Apabila berlakunya pengumpulan habuk pada komponen PC, habuk tersebut diibaratkan sebagai selimut kerananya memerangkap haba.

Adalah penting untuk anda memastikan kesejahteraan PC dengan cara membersihkannya daripada habuk. PC perlu dibuka dan habuk-habuk yang terperangkap boleh dihilangkan menggunakan air duster iaitu sejenis udara yang termampat dalam tin. Tetapi, harus diingatkan untuk berhati-hati ketika menggunakan air duster kerana jika disalahgunakan akan menyebabkan kerosakan pada komponen-komponen di dalam PC. Selain itu, jangan guna sebarang berus atau penyedut hampagas kerana boleh menyebabkan pengumpulan statik dan discas.

Anda risau jika anda melakukan pembaikan PC diibaratkan sebagai tikus membaiki labu? Sila hubungi kami di:

🏪 MRFIX GADGET- Smartphone Repair Face2Face
No. 50 Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
Buka Setiap Hari : 10:00 pagi – 9:00 malam

Waze : https://waze.com/ul/hw282guttx
Call 📱0189886531
Whatsapp : https://mrfixgadgets.wasap.my
Kami juga menyediakan repair FACE2FACE di tempat anda (KL/Selangor/Putrajaya) jika anda tiada masa untuk datang ke kedai kami.