shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

CARA-CARA PENJAGAAN MOTHERBOARD

Bacaan < 1 minit

Pada zaman ini, teknologi berkembang dengan pesat.Teknologi seperti peranti komputer,laptop dan telefon mempunyai motherboard. Motherboard adalah tulang belakang bagi sesuatu peranti elektronik.Sekiranya motherboard rosak ini menyebabkan peranti yang digunakan rosak. Disini akan diterangkan sedikit penjagaan motherboard.

Sekiranya anda menggunakan komputer atau laptop yang menghubungkan ke sumber kuasa. Pakailah Uninterruptible Power Supply(UPS) atau Automatic Voltage Regulation. UPS atau AVR akan menyelamatkan laptop atau komputer dari arus elektrik yang menyyebabkan shock kepada motherboard.

Elakkan daripada menggunakan laptop atau komputer anda di kawasan yang panas kerana motherboard tidak boleh dikenakan suhu yang terlampau panas. Hal ini boleh menybabkan, komponen di atas motherboard rosak.Selain itu, laptop atau komputer perlu digunakan dengan kerap supaya komponen komponen boleh di alirkan dengan arus elektrik.

Habuk yang berada di atas motherboard boleh menyebabkan motherboard mengalami kepanasan atau boleh berlaku litar pintas diatas motherboard. Jadinya, komputer atau laptop perlu dibersihkan secara berkala untuk mengelakkan berlaku kerosakan di atas motherboard. Sekiranya anda tidak pakar dalam bidang servis ini, berikanlah kepada yang pakar.