shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

Cara membezakan JPG vs PNG vs HEIC

Bacaan 3 minit

 

Mengambil gambar menggunakan telefon pintar Sumber gambar Medium

 

Kemunculan format gambar jenis HEIC membuka mata ramai pengguna telefon pintar apabila pengguna dua platform telefon pintar gergasi dunia iaitu Android dan Apple menggunakan format imej yang berbeza. Dalam kita mengadaptasi perubahan ini, marilah kita telusuri perbezaan tiga format gambar yang sering digunakan dalam kalangan pengguna telefon pintar iaitu JPG (Joint Photographic Experts Group), PNG (Portable Network Graphics) dan HEIC (High Efficiency Image Coding) serta kelebihan mereka dari pebagai segi.

SOKONGAN OS

Berbanding dengan JPG dan PNG yang menyokong semua jenis OS, HEIC hanya terhad kepada iOS 11 dan ke atas, macOS High Sierra dan ke atas, Windows 10 versi terkini dan ke atas serta Android Pie. Walau bagaimanapun, jika imej berformat HEIC dikongsi ke peranti yang tidak menyokongnya, imej tersebut akan diituar kepada format JPG secara automatik

SAIZ FAIL DAN KUALITI GAMBAR

HEIC mempunyai saiz yang paling kecil berbanding PNG dan JPG manakala PNG mempunyai saiz yang paling besar. PNG>JPG>HEIC

Di sebalik saiznya yang kecil, HEIC mempunyai kualiti gambar yang lebih tinggi berbanding PNG dan JPG.  HEIC dan PNG kedua-duanya membenarkan penyuntingan, pemampatan dan pengeksportan gambar berulang kali tanpa menjejaskan kualiti gambar. Manakala kualiti gambar JPG pula pasti merosot apabila proses-proses tadi dilakukan berulang kali.

KEGUNAAN

Kedua-dua JPG dan HEIC membenarkan penyimpanan gambar dalam saiz yang besar. Sekiranya saiz yang kecil menjadi keutamaan, bolehlah memilih JPG atau HEIC. Namun begitu, yang membezakan JPG dan HEIC ialah, JPG akan mengendahkan perincian gambar yang dianggap tidak perlu dan akan memadamnya secara kekal di mana kualitinya akan jelas berkurangan dan dapat diperhatikan apabila dilihat secara dekat. HEIC pula akan tetap mengekalkan setiap perincian imej walaupun bersaiz kecil. 

PNG pula, seperti mana HEIC, mengekalkan kualitinya walaupun dimampat, dieksport atau disunting. PNG mempunyai saiz yang lebih besar kerana menyimpan meta data (data tentang data) dan amatlah sesuai untuk penyuntingan gambar yang berulang kali tanpa menjejaskan kualiti gambar.

FLEKSIBILITI

HEIC sebagai sebuah teknologi yang baharu sudah pasti mempunyai ciri-ciri yang lebih fleksibel berbanding JPG dan PNG. Hal ini dapat diperhatikan apabila HEIC mampu menyimpan beberapa gambar serentak kerana HEIC juga berfungsi sebagai sebuah bekas (container). Disebabkan ciri ini, HEIC menyokong imej live, turutan animasi dan imej burst. Dalam pada itu, PNG dan JPG pula hanya membenarkan penyimpanan satu imej sahaja.

SOKONGAN PENYUNTINGAN

Dalam kalangan ketiga-tiga format imej ini, hanya JPG tidak menyokong transparensi imej. Kedua-dua PNG dan JPG tidak membenarkan proses penyuntingan diterbalikkan. Dalam kata lainnya, apabila penyuntingan disimpan (save), imej asal yang tidak disunting tidak akan dapat diperoleh semula melainkan anda menyimpan satu salinan lain bagi imej tersebut. Tetapi, tidak bagi HEIC apabila pengguna tidak perlu save serta boleh memperoleh semula imej asalnya. Bahkan berbanding JPG yang sangat mesra foto serta mampu memaparkan berjuta-juta warna, HEIC sebenarnya memaparkan lebih banyak warna. Hal ini disebabkan HEIC menggunakan 16-bit kedalaman warna berbanding 8-bit bagi JPG.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap format gambar ini mempunyai kepentingannya masing-masing. Secara asasnya, jika anda mementingkan kualiti gambar serta kaedah penyimpanan yang optimum serta, mempunyai peranti yang bersesuaian, anda boleh menggunakan HEIC. Namun sebaliknya apabila peranti yang anda gunakan tidak menyokong HEIC, anda diberi pilihan sama ada menggunakan JPG yang memaparkan berjuta warna dengan saiz yang kecil atau PNG yang menyimpan setiap perincian imej dengan saiz yang besar.