Assalamualaikum pada kali ini, saya akan kongsikan cara yang amat mudah untuk memuat turun aplikasi terutamanya file apk yang biasanya dimuat turun ke dalam telefon pintar kita, dan yang menariknya, anda kini boleh memuat turun aplikasi secara terus ke laptop / komputer riba anda.

Software yang pertama anda perlu ada ialah software Blustacks.

 

 

Sebagai Contoh saya menetapkan Aplikasi Kinemaster untuk dimuat turun ke dalam laptop/komputer anda.

Sekiranya anda telah mempunyai file apk Aplikasi Kinemaster, anda perlu memuat turun Software yang boleh mendokong untuk membuka file apk ini. Software Bluestacks ialah android emulator yang boleh anda dapati di internet, dengan adanya Software Bluestacks ini, anda akan dapat membuka file apk tersebut. saya akan kongsikan langkah-langkahnya di bawah;

  1. memuat turun Bluestacks emulator daripada laman sesawang yang sah.
  2. Selepas anda memuat turun Bluestacks di laptop/komputer anda, anda boleh mendapatkan pelbagai aplikasi seperti mana yang boleh didapati di Android.
  3. Masukkan akaun Google untuk menggunakan Google Play Store.
  4. Membuat carian di Play store dengan menggunakan Bluestacks dan mencari kata kunci Kinemaster.
  5. Muat turun aplikasi Kinemaster tersebut dan anda boleh menggunakannya dengan sepenuhnya.

 

Sekiranya anda mahu mencari file apk, anda boleh skip langkah yang ke 4 tadi. Apabila anda mempunyai file apk Kinemaster tersebut, anda perlu membuka Bluestack dan mencari file apk tersebut.

 

Lihat bahawa senang untuk kita membuka file apk dengan menggunakan Bluestack ini.

Selamat Mencuba