Pernahkah anda pergi ke tempat kerja, dan tiba-tiba anda menyedari telefon pintar anda tiada bersama anda? Anda juga risau tentang keberadaan telefon pintar anda dan turut memikirkan kemungkinan telefon pintar anda diambil atau dicuri orang lain.
Bagi pemilik telefon pintar android, salah satu cara untuk menjejaki lokasi telefon pintar anda adalah dengan melayari pautan google.com/android/find atau lakukan carian google ‘Find My Device’ di peranti lain seperti di komputer riba anda.
Pautan ini menyediakan fungsi ‘PLAY SOUND’ iaitu membunyikan peranti anda dengan bunyi paling kuat walaupun di dalam mod senyap selama 5 minit.
Selain itu, turut terdapat fungsi ‘SECURE DEVICE’ yang membenarkan anda untuk menyekat peranti anda daripada dibuka oleh orang lain. Seterusnya fungsi ini turut memaparkan mesej yang boleh diselaraskan mengikut keperluan seperti ‘Saya kehilangan peranti saya, sila pulangkan segera’ serta turut memaparkan nombor yang boleh dihubungi oleh orang yang menjumpai peranti anda.
Fungi terakhir iaitu ‘ERASE DEVICE’ akan memadam segala maklumat daripada peranti anda apabila kembali di atas talian.
Walau bagaimanapun, pautan Find My Device ini tidak dapat digunakan sepenuhnya sekiranya peranti anda tidak mengikuti syarat-syarat berikut:
- Semua fungsi yang telah disenaraikan hanya akan berfungsi apabila peranti anda yang hilang itu disambungkan ke Internet dan tidak dimatikan
- Fungsi mengesan lokasi peranti hanya ada apabila anda menghidupkan ‘location’ di peranti anda.
- Anda perlulah mempunyai akses ke akaun Google di peranti anda untuk menggunakan fungsi di pautan tersebut.
Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi MRFIX Gadgets atau datang ke kedai kami untuk khidmat nasihat.
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
No 50, Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Waze – Tekan di sini
Mercu Tanda – JPJ Bangi (Blog Tengah)
Waktu Operasi – 10 pagi hingga 9 malam
WhatsApp – 018-988 6531
Direktori MRFIX – Tekan di sini