Pengertian sedikit tentang bluescreen.

Skrin kematian biru (BSoD) adalah skrin ralat sistem operasi Microsoft Windows yang dipaparkan untuk menunjukkan konflik sistem dan kemungkinan kegagalan sesuatu perkakasan. Istilah ini mendapat namanya kerana mesej kritikal ini dipaparkan pada skrin biru.

Sekiranya, berlaku masalah bluescreen ini komputer akan restart sendiri atau terpadam.

Disini menceritakan cara mengatasi masalah yang berlaku iaitu

1.SYSTEM RESTORE

Jika berlaku perkara bergini cuba lakukan system restore. System restore ialah ciri dalam Microsoft Windows yang membolehkan pengguna untuk memulihkan keadaan komputer mereka (termasuk fail sistem, aplikasi yang dipasang, Pendaftaran Windows, dan tetapan sistem) kepada titik sebelumnya dalam masa, yang boleh digunakan untuk pulih dari kerosakan sistem atau masalah lain.

Cara yang paling mudah untuk membuka system restore dengan cara: Pergi ke start menu>klik search>taip system restore>klik system restore

2.MENGUBAH SISTEM DI BIOS

Anda juga boleh mengubahnya di tetapan bios. Pergi ke Advanced BIOS features cari “SATA Controller Mode” ubah kepada AHCI sekiranya anda menggunkan window 8 dan keatas.

3.MASALAH RAM

Masalah berkemungkinan daripada RAM cuba untuk menggunakan RAM yang lain.Sekiranya anda mempunyai dua keping RAM. Cabutkan satu kepingan RAM tersebut sekiranya berlaku lagi tukar lagi satu RAM untuk menggantikan RAM yang dicabutkan tadi.Sekiranya masih berlaku ia berkemungkinan bukan dari masalah RAM.

4. DRIVER CRASH

Driver crash adalah driver yang tidak di update atau tidak serasi dengan perkakasan tersebut. Sekiranya masalah ini berlaku, masuk ke dalam safe mode dan uninstall driver yang berlaku kerosakan tersebut.

5.SYSTEM CORRUPTED

Mungkin terdapat sistem fail yang bermasalah mungkin dari masalah fail sistem hilang, fail sistem rosak. Sekiranya berlaku masalah ini anda boleh melakukan instalasi window anda semula.