Penggantian bateri iPhone 7

Penggantian bateri iPhone 7 di kedai kami

Bateri telefon pintar yang terlalu cepat panas semestinya akan merungsingkan hati siapa pun. Pelbagai masalah yang boleh timbul sekiranya bateri telefon pintar terlalu panas seperti masalah bateri kembung. Di sini mari kita bincangkan langkah-langkah mencegah bateri peranti anda daripada terlebih panas.

  • Jangan cas peranti anda di tempat yang mengeluarkan haba.

Tempat-tempat biasa yang orang ramai sering kali mengecas telefon ialah seperti di dapur. Dapur merupakan tempat yang tidak sesuai untuk mengecas telefon pintar akibat aktiviti memasak yang mengeluarkan haba yang banyak.

  • Tanggalkan casing telefon pintar anda apabila mengecas

Penggunaan casing telefon ketika mengecas akan menyebabkan haba yang terhasil tidak dapat dibebaskan dan terkumpul pada telefon pintar anda.

  • Jangan tinggalkan telefon pintar di bawah matahari

Sesetengah orang memilih untuk mengecas peranti berhampiran tingkap kerana suis berada berdekatannya. Peranti akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung dan akan menyebabkan peningkatan haba kepada peranti.

  • Jangan tinggalkan telefon pintar di dalam kereta

Orang ramai sering meninggalkan peranti di dalam kereta, sama ada secara sengaja atau tidak. Cahaya matahari yang masuk secara langsung ke dalam kereta boleh mengakibatkan peranti anda terkesan akibat haba yang melampau.

  • Gunakan pengecas yang bersesuaian

Set pengecas yang disertakan bersama telefon pintar ketika awal pembelian merupakan pengecas yang paling ideal untuk digunakan. Penggunaan pengecas selainnya berisiko mempunyai kualiti yang rendah dan boleh sahaja mengeluarkan arus elektrik yang tidak bersesuaian.

  • Rehatkan telefon pintar anda sekiranya digunakan dengan ekstrim

Telefon pintar merupakan peranti yang paling banyak digunakan orang ramai. Ini termasuklah untuk permainan video. Permainan-permainan video ini sebenarnya memerlukan prestasi komponen-komponen dalaman untuk bekerja dengan keras. Ini akan menyebabkan berlakunya penghasilan haba yang tinggi. Oleh itu, rehatkan peranti anda apabila semakin panas.

  • Hentikan pengecasan sebelum mencapai 100%

Meskipun peranti terkini mempunyai teknologi untuk berhenti mengecas secara automatik, pengecasan yang berlebihan sebenarnya akan mengurangkan jangka hayat sesebuah bateri. Oleh itu, adalah penting untuk orang ramai tidak mengecas telefon pintar semalaman agar prestasi bateri dapat dikekalkan.

Namun, jika bateri telefon pintar anda sudah kembung, jangan risau, anda boleh menggantikan bateri telefon pintar anda dengan yang baharu di Mrfix Gadgets.

Jika terdapat sebarang kerosakan pada laptop dan telefon pintar anda, bolehlah menghubungi kami di:

🏪 MRFIX GADGET- Smartphone Repair Face2Face
No. 50 Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
Buka Setiap Hari : 10:00 pagi – 9:00 malam

Waze : https://waze.com/ul/hw282guttx
Call 📱0189886531
Whatsapp : https://mrfixgadgets.wasap.my
Kami juga menyediakan repair FACE2FACE di tempat anda (KL/Selangor/Putrajaya) jika anda tiada masa untuk datang ke kedai kami.