MRFIX - Baiki fon dan laptop

Cara nak re-install google play store dekat phone android

Bacaan < 1 minit

Bagi yang masih tidak tahu apa itu Google Play, sini Min terangkan sedikit. Google Play Store adalah tempat di mana pengguna Android anda mencari dan mendapatkan pelbagai aplikasi atau permainan yang anda mahukan. Jadi anda boleh mendownload aplikasi games untuk anda main kan! Tapi, ada kes tiba-tiba aplikasi Play Store hilang dalam phone anda.

Sebelum itu, Play Store biasanya sudah siap dipasang dan tidak ada pilihan untuk untuk didelete. Walau bagaimanapun, ia boleh dilumpuhkan (disable).

Sekiranya anda telah mematikan(disable) aplikasi Play Store anda, mungkin perkara ini berlaku semasa anda mengosongkan ruang pada peranti anda, anda tidak akan dapat melihatnya.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memeriksa sama ada Play Store telah dilumpuhkan, dan aktifkannya (enable):

1. Dari skrin utama, pilih Aplikasi atau leret ke atas untuk mengakses aplikasi anda.

2. Tekan setting.

3. Tekan Aplikasi atau Pengurus Aplikasi (Apps Manager)

4. Pilih DISABLED OR ALL aplikasi, diikuti oleh Disabled (Ini akan berbeza bergantung pada model dan sistem operasi anda)

5. Scroll ke bawah sehingga anda menjumpai Google Play Store dan tekannya.

6. Tekan aktifkan (enable).

 

Selamat mencuba.