MRFIX - Baiki fon dan laptop

CARA YANG BETUL MEMBERSIHKAN SKRIN LAPTOP.

Bacaan < 1 minit

Dalam menerusi arus kemodenan ini, pastinya semua rumah mempunyai sekurang kurangnya satu laptop. Laptop sudah menjadi satu kewajipan dalam kehidupan sehari. Kebanyakan kerja-kerja yang ingin dilakukan menggunakan laptop. Di sini, ingin menerangkan cara yang betul membersihkan skrin laptop.

Langkah 1.

Shutdownkan laptop anda sebelum memulakan pembersihan. Selepas itu, tutup sumber tenaga yang menghubungkan soket ke laptop anda.

Langkah 2

Pastikan anda mempunyai kain micro fiber. Kain microfiber ini mengelakan daripada skrin anda calar. Kain jenis ini mempunyai permukaan yang sangat lembut. Pastikan anda tidak gunakan kertas,surat khabar,tisu tandas dan seangkatan dengannya.

Langkah 3

Amik kain microfiber basahkan dengan air pencuci skrin laptop. Seterusnya lap skrin dengan perlahan jangan memberi tekanan terlampau kuat kepada skrin. Hal ini boleh menyebabkan berlaku kerosakan kepada skrin laptop.