Baru-baru ini apple ada melancarkan IOS yang terbaru iaitu IOS 12. Tetapi artikel kali ini bukan berkenaan dengan IOS 12. Artikel berkenaan dengan IOS 11. IOS 11 mempunyai ciri yang tersendiri. Di sini ingin memberitahu fungsi yang tersembunyi itu.

SIRI

IOS telah menggunakan sistem SIRI ini dah lama. SIRI membantu pengguna iphone untuk mencari sesuatu di dalam telefon mereka.

Pada IOS 11 SIRI di naik taraf sehingga anda chat dengan SIRI tanpa bercakap. Sekiranya anda berada di halayak ramai anda akan berasa sedikit malu untuk menggunakan SIRI. IOS 11 menyelesaikan masalah tersebut dengan cara anda boleh chat SIRI. Caranya adalah pergi ke setting masuk ke general. Selepas itu tekan accessibility dan klik SIRI, seterusnya klik type to siri. Selepas itu, keyboard akan muncul pada paparan skrin anda sekiranya anda menggunakan SIRI.

Selain itu, SIRI juga mempunyai ciri yang lain selepas di naik taraf iaitu SIRI boleh ditukar Bahasa ke Bahasa yang lain. Sebelum ini SIRI hanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris sahaja. Pada IOS 11 SIRI boleh bertutur dalam banyak Bahasa seperti Itali, Sepanyal dan banyak lagi.

MAPS

Pada IOS 11 anda boleh menggunakan Flyover mode.Flyover seperti AR (Argumented Reality) ia ibarat seperti anda pergi ke suatu tempat menaiki helikopter. Anda akan melihat semua bangunan dari atas seperti di atas awan. Paparan yang ditunjukkan adalah paparan 3D seperti yang betul.

Selain fungsi itu, anda boleh zoom ke satu tempat menggunakan satu jari sahaja. Sekiranya, anda sedang memandu kereta anda memerlukan satu tangan di stereng. Lagi satu tangan anda boleh zoomkan dengan cara ada klik dua kali dan anda teruskan tolak skrin keatas dan ke bawah.

Camera.

Iphone telah menawarkan ciri live photo. Ciri ini membolehkan gambar anda bergerak seperti GIF. Pada IOS 11 gambar tersebut boleh disunting dengan menambah ciri bounce, loop and long exposure.

Pada IOS 11 telah membenarkan akses qr code menggunakan software yang lain. QR code telah banyak digunakan pada masa kini. Termasuklah penghantaran data atau penghantara duit bank.

Keyboard

Pada IOS 11 fungsi keyboard di baik pulih untuk ipad. Ciri ini di baik pulih dengan menambah lagi banyak simbol dan nombor alternative yang lain.Fungsi lain ialah anda boleh menekan keyboard dengan satu tangan sahaja ia berada sama ada dibelah kanan atau kiri.