Setiap pengguna mesti mengetahui apa itu motherboard? Di sini, diterangkan dengan lebih jelas tentang motherboard. Motherboard adalah sebuah papan litar bercetak(PCB).Motherboard adalah tulang belakang bagi sebuah laptop,komputer atau telefon.

Motherboard menyediakan sambungan elektrik yang dipanggil bas supaya semua komponen luaran dan peranti pada motherboard boleh berkait.Sekiranya tiada motherboard semua sistem akan gagal. Sebab itu, motherboard di panggil motherboard yang meletakkan nama mother dalam Bahasa melayu mother bermaksud ibu.Ibu yang akan menjaga anak-anaknya.

Di atas motherboard mempunyai komponen yang penting seperti port usb,Port RAM, Slot PCI dan CPU. Jadinya, motherboard dapat mengawal semua sistem yang berhubung dengannya.

Fungsi Motherboard.

Fungsi motherboard yang utama semestinya sebagai tulang belakang dan penghubung tetapi motherboard mempunyai fungsi yang lain.Contohnya seperti menetapkan BIOS yang bermaksud Basic Input Output Device.Selain itu, Motherboard berfungsi sebagai penyambung peranti luaran iaitu printer,pengimbas dan lain-lain.