Random-access memory (RAM) adalah sejenis penyimpanan data komputer. Peranti RAM untuk mengakses data secara rawak. Sekiranya RAM mempunyai kapasiti yang tinggi, ia akan melajukan proses untuk mencari maklumat di dalam komputer.
Peranti RAM digunakan dalam sistem komputer sebagai memori utama. RAM dianggap memori sementara sesuatu data kerana data akan hilang apabila peranti yang menggunakan RAM terpadam. RAM amat penting pada peranti komputer atau laptop.Sekiranya RAM tiada pada laptop dan komputer ia tidak dapat dibuka.
Unit pemropesan pusat atau dikenali sebagai CPU sedang berjalan ia akan menggunakan RAM untuk menyimpan data.RAM tidak menyimpan data secara kekal hanya sementara sahaja.
Pada masa kini generasi RAM sudah berkembang dari aspek bentuk dan penghantaran data. Inilah generasi RAM iaitu DDR1, DDR 2, DDR 3 dan paling terbaharu DDR 4.
Patutlah orang sering bertanya berapa kapasiti RAM yang berada dalam komputer atau laptop sekiranya komputer atau laptop anda lambat.