Earphone yang dikeluarkan oleh pihak SonicGear merupakan antara jenama yang terbaik dalam menghasilkan earphone telefon pintar yang mesra bajet. Pada kali ini, kita akan melihat kepada earphone SonicGear Bluesports 5 Pro. Earphone ini didatangkan sekali bersama bungkusan yang lengkap di dalam satu pakej. Earphone SonicGear ini boleh didapati di mana-mana kedai aksesori yang menjual barangan gadget.

Pada pandangan pertama, dari segi luar kotak, bungkusan siri-siri earphone SonicGear blue sport ini sangat kemas. Selain itu juga bekas penyimpanan bertujuan untuk penyimpanan juga didatangkan bersama bungkusan earphone ini sekali.

Bekas penyimpanan/ Travel Case

Lanjutan dengan bekas penyimpanan yang turut disediakan bersama di dalam bungkusan ini, anda tidak akan ada masalah lagi dalam penyimpanan earphone. Ruangan yang diberikan di dalam bekas penyimpanan ini sudah cukup untuk menyimpan earphone bagi tujuan menjaga earphone kita daripada terkena air, kekotoran, dan sebagainya.

Untuk ketahanan bateri, earphone ini juga dibekalkan dengan bateri sebesar 60mAh , dengan bateri sebesar 60mAh ini, ia mampu bertahan selama 4 jam penggunaan.

Bagi pendapat saya, earphone SonicGear Bluesport 5 Pro ini sangat sesuai untuk digunakan kepada para penggemar sukan, atau yang menggemari aktiviti luar.