shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

eSIM di Malaysia

Bacaan 2 minit

Rata-rata hari ini, pengguna telefon pintar menggunakan kad SIM nano, dan yang terbaru, muncul pula eSIM. Kad SIM berevolusi daripada Mini, Micro, Nano dan terkini, ialah eSIM.

Namun, eSIM bukanlah seperti SIM versi terdahulu yang boleh dikeluarkan dan dimasukkan berulang kali. eSIM atau embedded SIM ialah penggunaan SIM tanpa memerlukan SIM fizikal seperti yang digunakan pada hari ini. Tetapi, eSIM bukanlah berbentuk perisian semata-mata kerana peranti yang menggunakan eSIM ini sebenarnya dipasang sejenis chip elektronik yang telah dikhaskan. Penggunaan eSIM dilihat dapat menjimatkan ruang berbanding kad SIM konvensional serta dapat memberi lebih ruang kepada teknologi terbaharu dalam peranti anda.

Dengan menggunakan eSIM, pengguna boleh beralih kepada mana-mana syarikat rangkaian yang dikehendakinya tanpa memerlukan mengeluarkan kad SIM, membeli kad SIM baharu dan memasukkannya semula ke dalam peranti. Pengguna eSIM boleh melanggan lebih daripada satu pakej rangkaian, tetapi, hanya satu sahaja yang akan aktif pada satu-satu masa. Pengguna boleh mengimbas kod QR yang disediakan syarikat rangkaian untuk memilih pakej yang dikehendaki. 

Meskipun penggunaan eSIM masih belum meluas di Malaysia, terdapat beberapa peranti pintar yang menyokong eSIM. Peranti terawal yang menggunakan eSIM ialah Google Pixel 2. Selain itu, peranti iPhone seperti iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR serta Apple Watch Series 3 dan ke atas sudah mula menggunakan eSIM. Peranti iPhone secara umumnya menggunakan eSIM untuk membenarkan penggunanya memiliki SIM kedua kerana peranti iPhone tidak menyokong dual SIM.

Selain itu, peranti-peranti Xiaomi telah bekerjasama dengan Durian Man di bawah rangkaian Celcom untuk memperkenalkan eSim. Peranti Xiaomi seperti MI 8, POCOPHONE F1, MIX 2S, Redmi Note 6 Pro, Mi MAX 3, Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite, Redmi Note 4X, Redmi 4A, Redmi Note 5A Prime, Redmi Note 5A, Redmi 5A, Redmi 4X, Redmi 5, Redmi Note 5, Redmi 5 Plus dan Redmi Note 4 kini boleh menggunakan eSIM. eSIM juga pernah diperkenalkan oleh syarikat rangkaian Maxis dalam mempromosikan Huawei Watch 2. Selain itu, pelbagai syarikat rangkaian di Malaysia, kebanyakannya turut menyokong eSIM seperti Umobile, Celcom, Maxis dan Digi. Bayaran bulanan perayauan juga dilihat lebih rendah apabila Xiaomi dan Durian Man, menawarkan data tanpa had bagi negara China sebanyak RM 3 sahaja. 

(Rujukan: ering, wiser.my, soyacincau.com, amanz.my, MyPhoneValley)