Giroskop (gyroscope) merupakan pelengkap kepada accelerometer yang berada dalam kategori sensor pergerakan (motion sensor). Berbanding dengan accelerometer, giroskop mampu menghasilkan perincian yang lebih tepat mengenai orientasi dan arah seperti atas atau bawah dan kiri atau kanan bergantung kepada kecondongan peranti.
Giroskop yang mempunyai ketepatan jitu menyumbang dalam pelbagai fungsi seperti pada sfera 360° yang menghasilkan imej 360°.
Selain itu, giroskop juga menyumbang dalam industri permainan video seperti permainan perlumbaan di mana telefon pintar anda bertindak sebagai stereng dengan mengikut kecondongan yang dikenakan untuk membelok. Giroskop bertindak mengesan perlakuan anda meskipun anda hanya mengenakan belokan yang kecil.
Selain itu, giroskop juga memberi impak dalam industri penerbangan. Altitud dan kedudukan ketika penerbangan dapat ditentukan dengan menggunakan giroskop. Selain itu, giroskop membantu kamera mengekalkan kestabilannya.