shah alam
MRFIX - Baiki fon dan laptop

Hacker dalam ‘Among Us’ dan telah merosakkan pengalaman untuk semua pemain

Bacaan 2 minit

Hackers have taken over 'Among Us' and it's ruining the experience for everyone

Among Us merupakan permainan terhangat musim ini, pada dasarnya ia seperti game Mafia dan Werewolf tetapi dalam suasana kapal angkasa kecil yang comel. Sebilangan anggota kru sibuk menyelenggara dan memperbaiki kapal sementara ada yang mensabotajnya.
Sifat permainan yang sederhana menjadikannya menarik bagi banyak orang. Itulah sebabnya mengapa sangat menjengkelkan apabila ada sesetengah orang yang menganggapnya baik untuk bermain secara tipu dan merosakkan permainan untuk orang lain.

Menurut Kotaku, jika anda mencari permainan di Twitter atau Reddit, anda pasti akan terjumpa mereka-mereka yang mengeluh mengenai hackers dalam permnainan tersebut.

Jadi bagaimana mereka menipu?

Beberapa pemain menipu dengan berkomunikasi dengan pemain lain (kebanyakan rakan mereka sendiri) di ruang sembang atau panggilan suara yang berasingan, menyampaikan maklumat mengenai penyamar dan apa yang dapat mereka lihat. Yang lain menggodam kod permainan yang membolehkan mereka bergerak dengan pantas, melihat siapa penipu atau membunuh semua orang dengan serta-merta.

Walaupun ini adalah dua bentuk penipuan yang sangat berbeza, mereka hanya merosakkan pengalaman permainan di semua peringkat. Keseronokan dalam meneka, bermusyuarat dan saling tuduh-menuduh lalu dilontarkan ke luar.

oleh disebabkan hackers ini, maka tiada misteri lagi yang tersisa. Yang menjadi kepelikkan adalah mereka yang bermain secara tipu tidak mendapat insentif atau hadiah kerana menggodam dan menang. Kemungkinan besar mereka hanya keluar sebagai penggodam dan tidak ada yang mahu bermain dengan mereka lagi. Apa pun tidak perlu risau, kebiasaannya hackers ni berada apabila kita join public room.

Jadi Selamat bermain, semoga anda tidak terjumpa mana-mana permain yang hack