MRFIX - Baiki fon dan laptop

iPhone 12: Inilah harga rasmi tempatan di Malaysia bermula dari RM3,399

Bacaan 2 minit

Apple telah melancarkan barisan iPhone 12 terbarunya yang terdiri daripada 4 model – iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Semua model akan datang ke Malaysia tidak lama lagi dan harga tempatan rasmi telah dinyatakan.

 

Apa yang menariknya ialah Apple mengekalkan harga keluaran sama dengan generasi sebelumnya, iPhone 11. Pada awal keluaran iPhone 11 tahun lepas bermula dari RM3,399 dan ini adalah harga keluaran baru untuk iPhone 12 mini. Sementara itu, iPhone 11 Pro pada masa pelancaran berharga dari RM4,899 sementara Max dari RM5,299. Perlu juga dihighlightkan bahawa siri iPhone 12 Pro kini hadir dengan kapasiti storage bermula dengan 128GB dan bukannya 64GB.

Pada masa ini, iPhone 12 dan 12 Pro sudah disenaraikan di laman web Apple Malaysia tetapi mereka belum mendedahkan butiran terperincinya. Di negara yang pertama menerima gelombang iPhone siri baru seperti AS, Australia, UK dan Singapura, pre-order untuk siri iPhone 12 Pro akan bermula pada hari Jumaat 16 Oktober 2020 ini dan akan dikeluarkan pada 6 November 2020. iPhone 12 dan 12 Mini akan dikeluarkan lebih awal bersama pre-order bermula dari 16 Oktober 2020 dan 6 November 2020 terutama di negara yang pertama menerima iPhone siri ini.

iPhone 12 dan 12 Mini hadir dalam 5 warna – biru, hijau, hitam, putih dan merah. Untuk iPhone 12 Pro dan Pro Max, mereka tersedia dalam graphite, perak, emas dan pacifik biru. Semua model di seluruh kawasan yang tersedia menyokong 5G dan semuanya dilengkapi dengan paparan Super Retina XDR berasaskan OLED. Malah iPhone 12 mini yang paling berpatutan kini mempunyai resolusi Full HD + 2340 × 1080 pixel.

Buat pertama kalinya, Apple tidak lagi menyertakan pengecas dan headphone di dalam kotak sebagai sebahagian daripada usaha kelanjutannya. Pembungkusan baru lebih kecil dan hanya dilengkapi dengan USB-C to lighting cable.