MRFIX - Baiki fon dan laptop

Jangan terpedaya dengan panggilan yang mencurigakan dari ‘Bank’

Bacaan 2 minit

Anda mungkin tidak sedar yang anda sudah ditipu oleh golongan penipu bagi mendapatkan maklumat peribadi. Anda mungkin sudah sedia maklum dengan tipu helah mereka, tapi mungkin juga anda bakal tertipu apabila mereka memberitahu yang mereka dari pihak bank.

Mereka mungkin memberitahu anda bahawa terdapat aktiviti yang mencurigakan di akaun bank anda dan meminta anda memindahkan semua wang anda ke dalam ‘akaun selamat’. Mereka juga mungkin menyuruh anda untuk mematikan panggilan selepas memberikan nombor untuk dihubungi.

Walaupun begitu, penipu akan memastikan panggilan sentiasa bersambung dan berpura-pura menjadi pegawai bank dan memberi anda maklumat lebih lanjut mengenai ‘akaun selamat’ dan mendorong anda untuk melakukan pemindahan wang ke dalam akaun mereka. Penipu adalah licik, kreatif dan selalu meyakinkan.

 

Walau bagaimanapun, pihak bank tidak akan:

  • Telefon dan minta PIN atau kata laluan akaun bank anda (walaupun dengan memasukkannya ke papan kekunci telefon)
  • Minta anda pindahkan wang ke akaun lain
  • Minta anda mengeluarkan wang untuk diserahkan kepada mereka dan untuk disimpan dengan selamat
  • Hantar kurier ke rumah anda untuk mengumpulkan wang, kad bank, PIN atau buku cek anda.

 

Ingat:

  • Sekiranya diminta untuk memberikan maklumat peribadi atau kewangan, luangkan masa untuk memikirkannya dan sentiasa berfikir dengan tenang
  • Sekiranya ragu-ragu, matikan panggilan anda dan jangan sekali-kali memberikan maklumat peribadi atau kewangan jika anda tidak pasti dengan siapa anda berurusan
  • Penipu dapat membuat nombor telefon yang digunakan untuk membuat panggilan kelihatan benar atau meyakinkan, tapi jadi jangan sesekali bergantung pada perkara ini sebagai pengesahan kebenaran panggilan anda
  • Hubungi pegawai keselamatan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan. Sekiranya anda merasa takut atau terancam sila hubungi talian 999.

 

Jika ingin mendapatkan pengesahan dari pemanggil yang mencurigakan, anda boleh membuat panggilan ke talian rasmi pihak bank bagi mendapatkan kesahihannya.