MRFIX - Baiki fon dan laptop

Jenis Iphone Original

Bacaan 3 minit

Artikel kali ini akan menerangkan jenis jenis Iphone yang original . Terdapat empat jenis iphone iaitu MY Set , Import Set , Refurbished Set dan Secondhand Set .

1 ) MY Set ( New set dari Apple Local Store )

Di Malaysia set nombor 1 ni adalah yang PALING LARIS. Kenapa? Ya sebab utama adalah WARRANTY direct under APPLE STORE yang mana pengguna boleh terus hantar ke mana-mana cawangan wakil APPLE STORE yang terdekat untuk proses claim warranty jika berlaku sebarang kerosakan pada device. Sebagai pengguna, ini adalah satu faktor yang paling penting kerana kebanyakan pengguna akan takut untuk membeli jika berlaku kerosakan pada device mereka kelak.
Selain itu, faktor harga untuk jual semula juga merupakan satu sebab kenapa set nombor 1 ini dipilih. Ini kerana kebiasaannya pengguna set 1 ini terdiri daripada mereka yang cepat menukar / upgrade device mereka. Jadi untuk mereka jual semua set 1 ini adalah lebih senang berbanding set lain disebabkan permintaan yang tinggi.
Berkenaan dengan HARGA pula, ya harga memang paling MAHAL dibandingkan dengan set yang lain.

2 ) Import Set ( Set yang dibeli selain dibeli di negara Malaysia )

Ok yang ini pula adalah set daripada Apple Store dari luar negara. Untuk set yang no. 2 ini warranty BOLEH CLAIM DI MANA-MANA APPLE STORE MALAYSIA tetapi untuk iphone 6s dan ke atas sahaja. Kebiasaannya permintaan untuk set import ini boleh juga dikatakan kurang sedikit berbanding set nombor 1. Untuk HARGA pula, kebiasaan set jenis ini adalah lebih murah sedikit berbanding set 1.

 

3 ) Refursbished Set

Yang ini pula adalah set yang telah DIPERBAHARU semula komponennya yang mana perlu untuk ditukar .Ok yang ni ramai yang keliru kerana ada juga setengah pihak yang menganggap refurbished set ni adalah import set SEPERTI nombor 2. Untuk pengetahuan kita, memang refurbished set ini kebanyakannya adalah set import kerana nombor sirinya biasanya “LL” yang bermaksud refurbished set daripada set US dan sebagainya. Tapi statusnya adalah berbeza dengan set 2. Ini kerana REFURBISHED set adalah set YANG PERNAH DIPERBAHARUI samada under APPLE sendiri atau 3rd PARTY (pihak ketiga). Kebanyakan refurbished set yang dijual di kedai ataupun online biasanya adalah refurbished daripada 3rd party yang mana WARRANTY adalah UNDER SUPPLIER. So bermakna untuk urusan claim adalah melalui seller ataupun supplier yang terlibat.
PALING PENTING, refurbished set ini adalah 100% SAMA dengan set 1 dan 2 dari segi fungsinya dan memang BUKAN CLONE, COPY ORI dsb. Cuma bezanya HANYA pada warranty sahaja. Selain itu, harus diakui bahawa HARGA untuk refurbished set ini adalah JAUH LEBIH MURAH daripada set 1 dan 2. Selain itu, iDevice refurbished juga kebanyakannya SENANG UNTUK CLAIM WARRANTY daripada SUPPLIER dan biasanya servis claim warranty LEBIH CEPAT berbanding set 1 dan 2. Lagipun bukannya senang-senang je iDevice boleh rosak dan lagi elok jika dibeli melalui SELLER YANG BERDEKATAN. So nanti sangat senang untuk berurusan, nak pos pun boleh juga tiada masalah
4 ) Second hand
Untuk set yang ke-4 ni senang cerita set yang second hand samada daripada 3 jenis diatas. Biasanya harga untuk set ini pun mengikut priority juga yang mana second hand untuk set 1 biasanya paling mahal diikuti set 2 dan 3. Untuk set ini biasanya customer akan tanya seller samada masih under warranty ataupun tidak. Biasanya kalau dah habis warranty, seller sendiri akan bagi personal warranty yang mana bergantung mungkin sekitar 1-4 minggu