Artikel kali ini akan menceritakan tentang jenis jenis display yang telah tercipta. Anda mengetahui mengenai LCD sahaja sebenarnya Skrin paparan banyak tercipta sebenarnya. Disini akan menceritakan tentang jenis-jenis skrin.
1.LCD(LIQUID CRYSTAL DISPLAY)
LIQUID CRYSTAL DISPLAY(LCD) ialah jenis media paparan yang menggunakan Kristal cair sebagai penonton media utama. LCD digunakan secara meluas dalam bidang peralatan elektronik iaitu skrin televisyen, telefon pintar , kalkulator , skrin komputer dan lain-lain. Pada masa kini LCD telah berkembang sampai ke laptop. LCD hanya memerlukan sedikit sahaja kuasa elektrik. LCD mempunyai bentuk yang nipis. Ia mengeluarkan sedikit sahaja dan mempunyai resolusi tinggi pada skrin.
LCD mempunyai banyak titik cahaya atau di kenali sebagai pixels. Pixels ini terdiri daripada satu kristal cecair sebagai titik cahaya. Walaupun di sebut sebagai titik cahaya, kristal ini memerlukan cahaya dari cahaya yang lain.
- MONOCHROME
Display jenis ini, yang sering kita temui dalam kalkulator poket, jam digital dan juga telefon bimbit lama. Monocrhrome selalunya akan mengeluarkan warna hitam putih. Selain daripada itu monochrome akan mengeluarkan satu sahaja warna seperti hijau tidak ada warna lain di paparan skrin. Monochrome menggunakan tenaga yang sangat rendah berbanding yang lain.
- STN(SUPER TWISTED NEMATIC) dan CSTN(COLOUR SUPER TWISTED NEMATIC)
Bertahun-tahun sudah berlalu, berkembang dengan pesat. Semua skrin ingin menggunakan yang bewarna. Oleh itu, Skrin jenis monocrome tidak digunakan lagi. Disebabkan keinginan pengguna ingin bewarna-warni keluarlah satu paparan jenis STN dan CSTN. Kelemahan pada paparan ini adalah lambat mengesan sentuhan pada skrin dan kurang terang.
- TFT(THIN FILM TRANSISTOR)
TFT adalah paparan yang mengeluarkan warna dan skrinnya mempunyai transistor yang boleh dihidupkan dan dimatikan. TFT menghasilkan respons imej yang lebih tajam,ringan dan cepat. Tetapi skrin TFT mempunyai kelemahan iaitu harga yang mahal dan menggunakan lebih banyak kuasa bateri.
- TFD(THIN FILM DIODE)
TFD adalah jenis paparan yang lebih kurang sama seperti TFT. Cuma ia meletakkan komponen diod pada setiap skrin. TFD telah menaik taraf dengan menggunakan barangan yang berada pada TFT dan mengubahkannya menjadi lebih baik. TFD menambah baik dari TFT iaitu menggunakan kuasa yang lebih rendah dan harga yang lebih murah.
- OLED(ORGANIC LIGHT EMITTING DIODE)
Selain dari nama OLED, OLED mempunyai nama yang lain iaitu LEP(Light-Emitting Polymer) dan OEL(Organic Electro-Luminescence). OLED adalah jenis paparan yang baharu yang terdiri dari bitnik-bintik polymer organik yang memancarkan cahaya apabila diisi dengan elektrik. Kelebihan lapisan OLED adalah mempunyai bentuk yang paling nipis, ringan, cerah, cepat, kos yang murah dan kurang penggunaan kuasa.
- AMOLED(ACTIVE MATRIX ORGANIC LIGHT EMITITING DIODE)
Teknologi paparan terbaru iaitu skrin amoled. Teknologi adalah gabungan dari dua teknologi paparan iaitu teknologi OLED dengan matrik aktif TFT-LCD. AMOLED membuatkan skrin anda bertindak balas dengan sentuhan sangat pantas. Skrin jenis ini banyak digunakan pada televisyen, telefon pintar dan banyak lagi.