LCD merupakan kata singkatan bagi “Liquid Crystal Display”, yang berfungsi untuk mengeluarkan paparan seperti gambar, video dan sebagainya. Sepertimana yang anda semua tahu, sekiranya anda membuat penukaran LCD di mana-mana kedai repair phone, biasanya anda akan ada beberapa pilihan LCD seperti OEM, AA atau Original.
- LCD Original
LCD Original mempunyai digitizer yang dicantumkan dengan LCD, manakala bagi LCD yang bukan Original, digitizer itu dicantumkan dengan gelas. Jadi sebab itu lah anda hanya boleh membuat penukaran gelas jika anda mempunyai LCD Original tetapi tidak bagi bukan Original.
Dari segi kualitinya pula, LCD Original mempunyai resolusi gambar yang tinggi berbanding dengan yang bukan Original. LCD Original mempamerkan gambar yang lebih cantik dan jelas berbanding dengan LCD yang bukan Original. - OEM (Original Equipment Manufacturer)
Original Equipment Manufacturer atau disingkatkan sebagai OEM merupakan item atau produk yang dihasilkan oleh syarikat yang kemudiannya dijual semula oleh syarikat atau peruncit lain yang menggunakan nama atau jenama mereka sendiri.
Disebabkan perkara ini, ia disalah ertikan oleh orang ramai yang produk ini tidak original.
Kualiti produk OEM adalah sama dengan produk asli tetapi mempunyai standard yang berbeza - AP
AP set sebenarnya juga original set, tetapi ia tidak dijual melalui pengedar yang sah. AP set boleh juga dikatakan masuk ke Malaysia melalui pengedar yang tidak sah dan tidak diketahui. Ini termasuk melalui pembelian secara borong oleh peniaga daripada ebay, atau pembelian secara terus dari luar negara. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendahdaripada harga original set, tetapi jaminan adalah sangat terhad. Terhad disini bermaksud jaminan hanya boleh di-claim di kedai yang menjual peranti pintar tersebut dan tidak boleh di-claim melalui pengedar yang sah. Sebagai contoh, anda membeli peranti Samsung AP set dari Alor Setar tetapi anda tinggal di Kuala Lumpur. Jika peranti tersebut mengalami apa-apa masalah, anda perlu merujuk kedai yang anda beli di Alor Setar. Kualiti AP set adalah sama dengan original set.
Sekiranya anda mengalami masalah LCD, anda boleh ke kedai kami di:
MRFIX BANDAR BARU BANGI
(SMARTPHONE & MACBOOK REPAIR SPECIALIST)
No.50, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Landmark : JPJ Bangi (Blok Tengah)
Beroperasi setiap hari
Waktu operasi : 10.00am – 9.00pm
Atau hubungi kami di;
MRFIX Bangi – Smartphone & Macbook Repair Specialist