Pada masa kini, teknologi serba canggih mempunyai kamera, televisyen, dan lain-lain. Kebanyakan teknologi yang diguna menggunkan RAM, tetapi ia menggunakan RAM jenis yang lain. Di sini menyatakan serba sedikit tentang jenis RAM yang pernah dicipta.
1.) Static Random Access Memory (SRAM)
SRAM menggunakan kemasukan arus elektrik yang sama.SRAM di panggil statik kerana tidak memerlukan perubahan pada arus elektrik tersebut.SRAM sama sahaja dengan RAM yang lain, apabila kuasa dimatikan data di dalamnya hilang.Kelebihan menggunakan SRAM penggunaan kuasa yang lebih rendah dan kelajuan akses yang lebih cepat.Kekurangannya ialah kapasiti memori yang lebih rendah dan kos yang mahal. RAM jenis ini banyak digunakan pada Digital cameras, routers dan printers.
2) Dynamic Random Access Memory(DRAM).
DRAM memerlukan penyegaran semula yang berkala untuk berfungsi. Kapasitor yang berada di dalam DRAM mengeluarkan cas tenaga.Sekiranya cas tenaga tiada di kapasitor data di dalam DRAM hilang. Sebabkan itu dipanggil dinamik(perubahan pada tindakan).DRAM sama sahaja dengan RAM yang lain, apabila kuasa dimatikan data di dalamnya hilang.Penggunaan DRAM sudah di hentikan pada tahun 1990.
3)Synchronous Dynamic RAM (SDRAM).
SDRAM klasifikasi DRAM yang beroperasi selaras dengan jam CPU yang bermaksud ia menunggu isyarat jam sebelum menghantar data.DRAM dipanggil synchronous bermaksud ia memberi respon segera pada input data.
4)Double Data Rate Synchronous Dynamic RAM (DDR SDRAM)
DDR SDRAM beroperasi seperti SDR SDRAM, hanya dua kali lebih cepat. DDR SDRAM mampu memproses dua membaca dan dua arahan setiap kitaran jam. DDR ini mempunyai generasi iaitu DDR 1,DDR2,DDR3, DDR4, DDR5 dan mungkin akan datang DDR6.
5)Graphics Double Data Rate Synchronous Dynamic RAM (GDDR SDRAM).
DDR SDRAM yang direka khusus untuk pemaparan grafik video, biasanya bersama GPU yang lebih baik pada kad video. RAM jenis ini banyak digunakan pada video graphic card dan sesetengah peranti tablet.Ia direka pada tahun 2003.