Zaman sekarang banyak skrin protector yang dibuat mengikut kegunaannya.Disini kami meletakan beberapa skrin protector yang di cipta pada masa sekarang. Skrin protector berfungsi sebagai penahan daripada sesuatu tekanan.

1.)Skrin protector clear

Skrin generasi pertama dan paling banyak di pasaran pada masa kini. Harga yang murah. Skrin protector ini sangat jelas.Skrin protector ini hanya menghalang daripada tekanan yang rendah seperti terkena pada permukaan baju atau seluar. Skrin protector ini sangat nipis.

2.)Skrin protector dark

Skrin ini digunakan untuk mengurangi cahaya telefon di dalam gelap.Sekiranya di sekeliling anda gelap, skrin ini boleh memaparkan cahaya pada telefon tanpa meninggikan tetapan cahaya di telefon.Jenis skrin ini mempunyai kekurangannya tersendiri. Apabila di keadaan yang bercahaya paparan pada skrin susah untuk dilihat.

3)Skrin protector privasi

Pandangan dari hadapan telefon sahaja yang boleh nampak paparan dari skrin.Sudut berbeza tidak akan nampak paparan langsung.Skrin ini digunakan oleh ramai orang untuk mengelakan dari kawan mengintai apa yang kita buat.

4.)Skrin protector mirror

Skrin ini berfungsi sebagai penahan calar tetapi mempunyai fungsi lain iaitu skrin kelihatan seperti cermin. Sesuai digunakan untuk pengguna yang memerlukan cermin sepanjang masa.

5)Skrin protector tempered glass

Skrin ini skrin paling tarbaik antara semua skrin yang ada, kerana mempunyai ketahanan yang sangat tinggi. Ia tidak mudah retak atau calar.Kekurangan skrin ini mahal kerana ketahanan yang sangat tinggi.