MRFIX - Baiki fon dan laptop

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN DIANTARA HDD DAN SSD

Bacaan 2 minit

Sebelum ini , HDD atau Hard Disk Drive biasanya menjadi media penyimpanan laptop dan komputer desktop . Namun begitu , seiring dengan perubahan teknologi , media penyimpanan juga turut mengikuti perubahan dengan melakukan drive yang lebih baik , dan dipanggil SSD atau Solid State Drive . Kelebihan utama SSD ialah kemampuannya untuk membaca dan menulis data 8 kali lebih cepat daripada HDD .

Namun begitu , kedua dua jenis drive ini mempunyai fungsi yang sama , iaitu sebagai media penyimpanan data . Perbezaan melalui fizikal hanyalah HDD menggunakan sistem mekanikal , manakala SSD menggunakan sebuah chip elektronik untuk menyimpan dan menghantar data dan menjadikannya 8 kali lebih pantas daripada HDD . Apakah lagi perbezaan lain ? Boleh teruskan membaca .

 

 

1 ) Dari segi ukuran dan material

HDD mengunakan sistem elektronik dan mekanikal , menjadikannya lebih besar dan berat . Manakala SSD mengunakan hanya chip elektronik , menjadikannya lebih kecil dan ringan dari HDD . Kebanyakan SSD berukuran 2.5 inci , manakala HDD berukuran 3.5 inci .

 

2 ) Dari segi proses kerja

Proses kerja untuk HDD ialah , pengolahan data terjadi bermula dari gabungan sistem mekanikal dan elektronik , dimana ‘ gear ‘ dipusing oleh motor dan setiap jejari ‘ gear ‘ tersebut berhubung dengan komponen elektronik dan disitu terjadinya proses pengolahan data .

Manakala proses kerja untuk SSD pula ialah , hanya terdapat komponen elektronik yang dipanggil Intergrated Circuit ( IC ) , micro chip dan kapasitor serta perintang , sehingga semua pemprosesan data dilakukan secara elektronik sama seperti RAM dan Flashdisk .

 

3 ) Dari segi kecepatan membaca dan menulis data 

Perbezaan yang paling ketara diantara HDD dan SSD . Laptop yang menggunakan SSD dapat melalui booting dengan sangat cepat dibandingkan dengan laptop yang menggunakan HDD .

 

4 ) Dari segi kesan yang ditimbulkan

HDD menggunakan sistem mekanikal , dan kesan yang ditimbulkan adalah :

  • Panas yang berlebihan
  • Penggunaan daya yang tinggi
  • Bising kerana putaran motor

SSD tidak menggunakan sistem mekanikal , lalu kesan yang ditimbulkan :

  • Panas pada SSD tidak sepanas HDD
  • Penggunaan daya yang tidak setinggi HDD
  • Tiada bunyi bising kerana tidak menggunakan sistem mekanikal

 

5 ) Dari segi ketahanan

Dari segi ketahan , ternyata SSD mempunyai ketahanan yang lebih baik berbanding HDD bergantung kepada pengguna . Namun begitu , HDD juga boleh bertahan lama jika dijaga dengan baik .

 

6 ) Dari segi harga

Kerana SSD mempunyai banyak kelebihan berbanding HDD , maka tidak peliklah harga SSD menjadi lebih mahal berbanding HDD . Jika mempunyai wang lebih dan mementingkan kerja yang cepat , tidak salah untuk menggunakan SSD . Tetapi jika HDD sudah cukup , tidak mengapa .