MRFIX - Baiki fon dan laptop

KELEBIHAN MENGGUNAKAN KAD GRAFIK

Bacaan < 1 minit

Apa itu kad grafik ( Graphic Card ) ?

Kad grafik adalah kad tambahan yang berfungsi untuk memproses dan menghasilkan imejĀ untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor. Kad grafik dikenali dengan pelbagai nama antaranya kad pemecutan grafik (graphics accelerator card) dan juga adapter grafik (graphics adapter). Pada masa sekarang, kad grafik berbentuk kad tambahan yang didatangkan dalam bentuk PCI-express. Selain tu, ia juga didatangkan dalam bentuk built-in iaitu disertakan bersama dengan motherboard. Kad grafik jenis ini umumnya dipanggil video controller ataupun graphic controller.

 

Apakah kelebihan kad grafik ?

Banyak kelebihan bila menggunakan kad grafik sebagai contoh dianggap komponen terpenting yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja berasaskan grafik seperti editing gambar dan video. Selain itu, mereka yang gemar bermain permainan video juga menggunakan kad grafik terutamanya permainan video berbentuk 3D.

 

Apakah panduan membeli kad grafik ?

Antara panduannya ialah :

  • Semak kelajuan Unit Pemprosesan Grafik ( GPU )
  • Semak memori video

 

Artikel ini adalah untuk mereka yang ingin tahu berkenaan kad grafik . Semoga membantu .