MRFIX - Baiki fon dan laptop

Kelebihan Oxygen OS

Bacaan 2 minit

Mengapa Oxygen OS Boleh Dikelaskan Sebagai Sistem Operasi Berasaskan Android yang Terbaik di Pasaran?

Android adalah sejenis sistem operasi terbuka (open source OS). Hal ini membolehkan pengeluar-pengeluar telefon pintar mengubahsuai Android Tulen (Pure Android) mengikut citarasa mereka.

Oxygen OS adalah salah satu produk sistem operasi terbuka ini, dan boleh dikelaskan sebagai sistem operasi yang terbaik — sama sekali menewaskan sistem operasi seperti HTC Sense, EMUI, MIUI, dan sebagainya.

Apakah kelebihan Oxygen OS, dan mengapa Oxygen OS layak digelar sistem operasi Android yang terbaik?

1. Boleh Diubahsuai
Tidak seperti Android Tulen yang membosankan kerana tidak boleh diubahsuai. Oxygen OS memberikan kebebasan kepada pengguna untuk melakukan beberapa pengubahsuaian seperti warna tema, kedudukan navigation bar, fungsi navigation bar, accent colour, dan sebagainya.

2. Paling Pantas
OnePlus telah menyediakan pasukan khusus untuk menjaga Oxygen OS bagi memastikan sistem operasi ini berjalan dengan amat lancar, pantas, dan selesa.

3. Hampir kepada Android Tulen
Pengubahsuaian yang tidak terlalu berat, kelihatan matang, dan tidak keanak-anakan. Hal ini menyumbang kepada kelancaran sistem Oxygen OS.

4. Sokongan Komuniti
Meskipun OnePlus adalah syarikat yang baru bertapak dalam arena telefon pintar ini, OnePlus mempunyai sokongan komuniti yang amat besar melalui forum rasmi OnePlus, grup Facebook, dan beberapa medium lagi di seluruh dunia. Komuniti ini bergerak aktif sehingga ke saat ini.

5. Kemaskini Perisian yang Kerap
Hampir setiap bulan pengguna OnePlus mendapat kemaskini perisian — sama ada tampalan sekuriti, kemaskini Oxygen OS, atau kemaskini sistem Android. Pengguna OnePlus tidak perlu menunggu lama untuk satu-satu kemaskini untuk menikmati fungsi-fungsi baru yang telah dibangunkan untuk peranti Android.

Sekiranya anda sangka hanya iOS sistem paling pantas dan lancar, anda pasti akan menarik balik kata-kata anda sekiranya anda telah ditemukan dengan Oxygen OS.