Sistem operasi baru dalam iPhone menawarkan pelbagai ciri dan pembaikan penting serta peningkatan keselamatan.
Antara yang iPhone tawarkan ialah Dark Mode, aplikasi Foto dengan pelbagai ciri-ciri baru, Find My dan juga mod privasi yang lebih tinggi.
Jadi bagaimana korang nak kemas kini ke iOS 13, terutamanya bagi korang yang baru menggunakan iPhone dan tidak pernah mengemas kini ke versi baru iOS?
1. Kemas kini OTA
OTA (Over The Air) Updates adalah cara paling mudah untuk update ke iOS 13. Korang hanya perlu akses ke peranti iPhone atau iPod Touch jika ingin update ke iOS terbaru.
Kemudian pergi ke Settings – General – Software Update. Pastikan korang connect Wi-Fi, kerana untuk update OTA tidak dapat menyokong jika menggunakan rangkaian data celular.
Setelah paparan iOS 13 keluar, tekan button Download dan Install.
Tunggu sehingga proses muat turun selesai dan baru install. Sekiranya korang perlu akses ke peranti iOS korang dengan segera dan korang ingin tangguh kemas kini, korang tekan ja button Reminds Me Later.
2. Update via iTunes
Pilihan kedua untuk mengemas kini iOS 13 adalah dengan menggunakan aplikasi iTunes pada peranti Mac atau PC. Dengan langkah kemas kini melalui iTunes, anda boleh membuat Backup atau menyandarkan peranti anda ke iTunes secara serentak jika diperlukan.
Biasanya pengguna yang memilih proses kemas kini melalui iTunes adalah mereka yang mempunyai sambungan internet kabel atau LAN yang lebih stabil dan dapat digunakan untuk memuat turun iOS 13 dengan lebih pantas.
Berikut adalah panduan untuk mengemas kini ke iOS 13 menggunakan kaedah update melalui iTunes:
- Muat turun dan pasang iTunes terkini di komputer Mac atau PC.
- Sambungkan komputer atau PC Mac ke rangkaian internet yang stabil dan mencukupi.
- Sambungkan peranti iPhone ke Mac atau PC dengan kabel data lalai atau standard MFi untuk memastikan kestabilan proses kemas kini.
- Buka iTunes dan akses tab iPhone.
- Tekan butang Kemas kini dan ikuti beberapa perjanjian yang muncul di skrin.
- iTunes akan memuat turun dokumen iOS 13 untuk peranti iPhone yang digunakan.
Setelah selesai proses kemas kini akan dilakukan secara automatik. Korang hanya perlu menunggu proses ini selesai.
Jadi selamat mencuba ya.