fungsi Shutdown merupakan sesuatu yang sangat simple dan mudah, anda pergi ke Start button, kemudian tekan pada Power, dan pilih Shutdown. Senang je kan? Tetapi ia akan memakan masa yang sedikit lama.  Belum kira waktu menunggu untuk siapkan update lagi. Fuh, lama kan?

Dan ada yang berpendapat kalau macam ni kita boleh tekan power button 5 saat dan matikan terus laptop atau desktop kita. Lagi cepat bukan? Dari kena tunggu lama-lama, jadi 5 saat je, siapa tak suka laju-laju ni?, pastinya semua sering kali menekan power button berbanding mematikan dengan cara yang betul.

Bila kita shutdown melalui sistem, komputer kita akan melalui proses untuk menyimpan semua data yang penting dan ia akan cuba pastikan anda telah siapkan semua task atau kerja yang anda sedang lakukan dengan mengeluarkan prompt.

Operating System kita atau Windows kita akan memberi isyarat kepada software-software yang sedang running, jadi semua software ini akan meminta anda untuk pastikan semuanya dah siap sebelum software tersebut dimatikan.

 

Kesan sekiranya mematikan dengan tidak betul ? (Force Shutdown)

 1.  Kehilangan data yang belum disimpan.
2. Kerosakan data yang ada pada hard disk.
3. Kerap keluar Check Disk (ChkDsk)
4. Kerosakan pada file Windows yang menyebabkan anda tak boleh masuk ke Windows.
5. Rosaknya hard disk.

Nasihat saya adalah, dengan mematikan latop/dekstop anda secara betul supaya ketahanan laptop anda dapat dijaga dengan lebih lama.