Data yang berada di dalam peranti elektronik anda tidak kira dalam laptop, komputer , telefon pintar dan lain-lain. Data amat penting kepada pengguna alat elektronik.Data adalah kerja-kerja yang anda lakukan dan anda menyimpan di dalam peranti elektronik. Sekiranya, data tersebut hilang data tersebut akan hilang selamanya. Sekiranya, anda sudah backup data tersebut, data tersebut dapat dikembalikan. Di sini ada mengajar cara untuk backup data anda.

Sekiranya anda menggunakan peranti telefon seperti android anda boleh menghantarkan data anda ke google drive.Di situ data anda akan di simpan di server google. Anda juga boleh mengambil data tersebut dari mana-mana peranti elektronik. Anda memerlukan email google dan password untuk kebenaran masuk ke dalam email tersebut. Proses ini mempunyai berapa langkah sahaja. Pastikan peranti elektronik yang anda gunakan mempunyai sambungan wifi. Selepas itu masukkan email dan password dan cari google drive. Seterusnya, klik new dan tekan file upload, pilih file mana yang anda ingin hantar ke google drive.

Langkah seterusnya untuk membuat backup. Sekiranya anda menggunakan laptop atau komputer. Anda perlu menyalin data anda dan masukkan ke dalam penyimpanan yang lain seperti hard disk, pendrive dan lain-lain. Sekiranya berlaku kerosakan kepada laptop anda, data yang anda backup di tempat lain tidak akan terjejas. Hal ini dapat membantu anda terselamat dari ancaman virus dan lain-lain kerosakan yang boleh menjejaskan data anda. Sekiranya anda menggunakan telefon pintar anda boleh mengambil usb dan sambungkan kepada laptop atau komputer anda. Selepas itu , anda perlu menyalin(copy) dan amik data yang penting. Selepas itu, ada perlu meletakkan di dalam laptop atau komputer anda.

Sekiranya, anda sayang kepada data yang anda miliki. Ikutlah langkah di atas. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.