USB-C/A rata-ratanya digunakan dalam peranti terkini (Sumber gambar:Android Authority)

 

USB-C atau USB jenis C mula diperkenalkan secara rasmi pada Ogos 2014 dan merupakan penyambung yang kian meningkat penggunaanya apabila kebanyakan peranti seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba keluaran terkini didatangkan sekali dengan pengecas yang menggunakan USB-C ini. USB-C berkelebaran 8.4mm berbanding 2.6mm pada USB Mikro. USB-C berfungsi untuk pengecasan, pemindahan data dan juga untuk kegunaan peranti paparan.

Jika dibandingkan dengan penyambung jenis Mikro yang masih digunakan pada kebanyakan peranti, USB-C dapat menyelesaikan masalah penyambung jenis Mikro yang hanya boleh diplug masuk dalam satu arah sahaja. Hal ini kerana, pin yang digunakan dalam USB-C di bahagi sama rata di bahagian atas dan bawahnya membolehkan dicucuk masuk mengikut mana-mana arah.

Selain itu, USB-C mempunyai 24-pin berbanding USB Mikro yang mempunyai 5-pin. Oleh yang demikian, USB-C menawarkan pengecasan empat kali lebih pantas dan pemindahan data sehingga 10GB/ saat berbanding USB Mikro berikutan jumlah pin yang lebih banyak. Selain itu, USB-C juga membawa arus sehingga 3A, 5V dan 100-Watt kuasa elektrik yang dapat menyokong fungsi Fast Charging.

Pembaca hendaklah jelas bahawa, USB-C atau USB jenis Mikro hanyalah bentuk penyambung. Teknologi di sebalik penyambung ini juga memberi kesan kepada kelajuan pemindahan data. Teknologi yang dimaksudkan adalah sama ada USB ini menggunakan standard USB yang terkini iaitu atau tidak. Hal ini kerana, penggunaan standard USB yang berlainan memberi kelajuan pemindahan data yang berbeza. Sebagai contoh, USB 3.1 mempunyai bandwith 10 Gbps berbanding USB 3.0 yang mempunyai bandwith 5Gbps sahaja.