Keyboard merupakan salah satu peralatan yang wajib ada untuk laptop atau komputer . Ianya berfungsi untuk membantu dan memudahkan pengoperasian laptop anda . Namun begitu , keyboard ini juga boleh rosak jika tidak dijaga dan digunakan dengan cara yang betul .

 

Artikel kali ini akan mengupas kerosakan yang biasanya terjadi pada keyboard laptop .

 

1 ) Terdapat huruf / nombor yang tidak dapat ditekan .

Kerosakkan ini sering terjadi kepada pengguna laptop . Seperti contoh , anda ini menekan huruf ‘ C ‘ , tetapi huruf tersebut tidak memberi respon walaupun anda tekan berkali kali .

 

2 ) Keyboard tertekan dengan sendiri .

Kerosakan lain yang biasa terjadi ialah keyboard beroperasi dan mengeluarkan respon sendiri . Kerosakan ini sangat menggangu , lebih lebih lagi jika butang Delete dan Enter yang bermasalah .

 

3 ) Keyboard tidak berfungsi langsung .

Salah satu kerosakan yang amat parah . Ini akan menyukarkan pengguna untuk melakukan kerja dan mengoperasikan laptop tersebut .

 

4 ) Tombol huruf tertukar .

Salah satu masalah yang sering terjadi pada keyboard laptop . Misalnya anda ingin menekan huruf A , B dan C , tetapi yang keluar adalah 1 , 2 dan 3 .

 

Disebabkan itu , penjagaan keseluruhan laptop tersebut adalah penting , bukan keyboard sahaja . Semoga artikel kali ini dapat memberi ilmu baru kepada anda .