Mula-mula kita kene tahu perbezaan tentang water resistant dengan waterproof.Waterproof bermaksud kalis air sekiranya kita rendam telefon atau bawa pergi berenang ia tidak akan masuk langsung kedalam telefon tersebut.Manakala water resistant adalah telefon tersebut dapat menahan kemasukan air kedalam telefon tetapi tidak boleh lama.

Telefon yang dibuat untuk system water resistant ini mengikut level yang diberi oleh International Electrotechnical Commission (IEC).Selalunya dipanggil IP.Sesetengah telefon yang kalis air akan menyatakan IP apa? Yang digunakan. Seperti Iphone X ia menggunakan IP68. Selain IP68 ada juga IP67.Selepas IP dinyatakan nombor ia adalah kod bagi level ketahanan telefon tersebut.

Kod yang pertama adalah untuk menyatakan level ketahanan untuk memasuki pepejal kedalam telefon tersebut.Di sini kami meletakan level-level.

KETAHANAN TERHADAP PEPEJAL

IP CODE

KETAHANAN

1 Perlindungan terhadap sesuatu sentuhan
2 Perlindungan daripada jari
3 Perlindungan daripada alat, wayar atau objek yang serupa
4 Perlindungan daripada kebanyakan wayar, skru atau objek yang serupa
5 Perlindungan daripada sebahagian habuk yang berbahaya
6 Perlindungan daripada habuk yang berbahaya

Kod yang kedua adalah untuk menyatakan level ketahanan untuk memasuki air kedalam telefon tersebut.

KETAHANAN TERHADAP LEMBAPAN

IP CODE

KETAHANAN

1 Perlindungan air dari atas ke telefon
2 Perlindungan air dari atas ke telefon yang di sengetkan sebanyak 15 darjah
3 Perlindungan terhadap semburan air ke telefon yang disengetkan sebanyak 60 darjah.
4 Perlindungan terhadap semburan dan percikan air dari semua arah
5 Perlindungan terhadap air yang bertekanan rendah dari muncung telefon berdiameter 6.3mm
6 Perlindungan terhadap air dari muncung telefon bediameter 12.5mm
7 Perlindungan terhadap kedalaman air sehingga 1 meter dalam masa 30 minit
8 Perlindungan terhadap kedalam air melibihi 1 meter mengikut penyataan pengilang

 

Pada masa kini tiada lagi telefon yang boleh menghalang kemasukan air Cuma menghalang sedikit sahaja kemasukan air ke dalam peranti telefon.Sekiranya anda membeli jenis telefon water resistant janganlah selalu dibawa ke dalam air, dalam keadaan yang lama.