MRFIX - Baiki fon dan laptop

Langkah anda boleh lakukan untuk elak laptop kena virus

Bacaan 3 minit

Sekarang pelbagai jenis perisian hasad yang boleh mengundang bahaya pada laptop komputer kita tambahan lagi jika kerap melayari internet. Ketika melayari internet kita harus elak laptop dari kena virus.

Penggunaan antivirus merupakan satu keperluan yang sangat penting untuk elak laptop dari kena virus. Sama ada anda menggunakan perisian antivirus seperti Windows Defender ataui suite keselamatan yang lengkan seperti BitDefender anda perlu sedar bahawa terdapat pelbagai cara virus boleh menyerang laptop dan komputer anda.

Dengan sedikit ilmu asas anda boleh mengurangkan masalah virus dan malware dan akhirnya anda dapat menikmati internet dengan cara anda.

Jom kita tengok langkah yang anda boleh buat untuk elak laptop dari kena virus.

Buka link & download file dari sumber yang dipercayai sahaja.

Anda kena elak laptop dari kena virus dengan melayari laman web yang diragui atau download fail yang tidak sah. Ini kerana peluang untuk dijangkiti virus dan malware adalah sangat tinggi.
Sekiranya anda tidak dapat mengelakkan diri anda dari melayari laman web seperti ini pastikan sistem anda dilindungi.

Mematikan HTML dalam emel

Cara yang biasa bagaimana malware disebarkan adalah melalui emel. Malah emel yang berniat jahat (malicious) boleh secara automatik running skrin malware dalam paparan HTML.
Itulah sebabnya kebanyakan emel client dan webmail secara default tidak memaparkan HTML content (seperti gambar). Dengan disable HTML ini anda boleh elak laptop dari kena virus.
Mereka datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Saya akan berikan beberapa contoh seperti di bawah. Secara umumnya anda tidak seharusnya install perisian anti-virus anti-spyware atau anti-malware dari sumber-sumber yang tidak dipercayai.
Saya cadangkan untuk pengguna Windows adalah kombinasi perisian malware seperti berikut:

  • Anti Virus Free Version (anti virus)
  • Microsoft Windows Defender (anti virus)
  • Malwarebytes Anti-Malware (anti malware)

Jadi macam mana penipu menakutkan orang ramai?

Elak laptop kena virus
Elak laptop kena virus

Biasanya apabila anda melawat laman web tertentu ada pop-up yang akan beri amaran kepada anda bahawa anti virus laptop anda ketinggalan zaman atau laptop anda dijangkiti virus dan anda perlu install anti virus dan melakukan imbasan untuk membuang malware tersebut.
Jangan mudah terpedaya. Ini hanya taktik kotor untuk menyebarkan virus ke dalam laptop anda. Dan anda sebagai pengguna laptop dan komputer harus elak laptop dari kena virus.

Lakukan imbasan (scan) pada external drive yang disambung pada laptop anda

Elak laptop kena virus
Elak laptop kena virus

Jika anda menyambungkan external drive sebagai contoh USB kawan anda ke laptop anda ada risiko di mana laptop anda boleh dijangkiti virus. Jadi sebelum anda membuka fail yang ada di dalamnya lebih baik anda scan terlebih dahulu untuk elak laptop dari kena virus.
Kawan anda mungkin tidak tahu bahawa USB tersebut sebenarnya telah dijangkiti malware. Jika anda memiliki perisian anti virus dan anti malware pada laptop anda terus lakukan imbasan tanpa ragu-ragu. Salah satu antivirus yang terbaik untuk ini adalah SMADAV.

Beri perhatian apabila anda install software

Selalunya installer software termasuk sekali dengan optional software seperti toolbar atau perisian tambahan. Berhati-hati semasa anda bersetuju untuk install perisian tersebut.
Sentiasa pilih custom installation dan untick apa-apa benda yang tidak anda ketahui terutamanya software sampingan yang anda sendiri tidak download dan tak nak install.
Apa yang boleh dikatakan adalah jangan install software dari sumber yang tidak dipercayai suapaya anda dapat elak laptop dari kena virus.