Ramai pengguna iphone tidak tahu cara untuk membuat backup dan restore pada data iphone yang digunakan. Backup data amatlah penting sekiranya berlaku kerosakan kepada iphone yang digunakan tidaklah kita risau bahawa data tersebut hilang.

Langkah melakukan backup

  • Pastikan laptop atau pc yang digunakan mempunyai iTunes.Selepas itu, sambungkan kabel iphone ke laptop atau pc yang digunakan.
  • Jangan bairkan iphone anda dalam keadaan lock screen.Ia akan mengganggu proses untuk membaca data atau system.
  • Tekan icon itune di laptop anda sehingga keluar paparan itune itu sendiri

  • Tekan pada butang iphone tersebut
  • Semua info yang berada pada iphone anda akan dipaparkan pada screen LCD laptop/pc.
  • Untuk menyimpan data, simpan sahaja didalam laptop tersebut.
  • Tekan butang back up tersebut.

 

 

  • Akan keluar paparan yang mempunyai dua pilihan, don’t backup app dan Back up apps. Sekiranya, anda memilih don’t backup app. Applikasi yang ada di dalam iphone tidak di backup, maksudnya aplikasi seperti whatapps, facebook dan lain-lain tidak di backup. Sekiranya, anda memilih backup apps ia akan melakukan backup terhadap semua aplikasi anda.
  • Selepas itu, data-data dalam iphone anda akan disimpan didalam laptop yang dilakukan backup padanya.Tunggu sehingga selesai.

Langkah melakukan restore

  • Pastikan laptop atau pc yang digunakan mempunyai iTunes.Selepas itu, sambungkan kabel iphone ke laptop atau pc yang digunakan.
  • Jangan bairkan iphone anda dalam keadaan lock screen.Ia akan mengganggu proses untuk membaca data atau system.
  • Pilih butang iphone dan klik restore iphone.Tunggu hingga semua data di kembalikan kepada iphone anda. Masa yang diambil untuk melakukan restore bergantung pada data yang berada dilaptop atau pc yang anda backup.