Pada tips kali ini, saya akan berkongsi berkenaan tips atau langkah yang perlu dilakukan untuk mengetahui nombor yang tidak diketahui daripada terus menghantui nombor kita.

Dengan memuat turun aplikasi Mr Number, kita akan dapat mengetahui tentang individu atau organisasi yang selama ini cuba untuk menghubungi kita dengan tujuan yang tidak baik.

Aplikasi Mr Number ini boleh didapati di mana-mana platform Android mahupun iOS. Cara penggunaan aplikasi Mr Number ini adalah sangat mudah. Apabila proses memuat turun selesai, kita perlu melakukan beberapa tetapan untuk pertama kali menggunakannya. Selepas sahaja anda siap dengan tetapannya, anda boleh menggunakan aplikasi Mr Number ini seperti biasa. Melalui aplikasi Mr Number ini, anda dapat mengenal pasti tentang kewujudan sesuatu nombor, dan dari mana ia datang. Anda juga boleh terus menggunakan fungsi block sekiranya nombor tersebut adalah nombor yang masuk ke dalam telefon anda dengan tujuan yang jahat.

Alternatif lain yang boleh saya kongsikan adalah dengan mencari aplikasi True Caller sekiranya anda tidak dapat menjumpai aplikasi Mr Number. Selamat Mencuba.

Selamat menonton Video daripada kami,